Friday, September 7, 2012

Ayuh! Kita Hijaukan Jabi Pada 5 dan 6 Oktober 2012!

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/lokasi1.jpg
Buletin Online - Himpunan Kebangkitan Rakyat, Pas Ganti Umno (HKR-PGU) telah memasuki siri ke 5 dengan Dun Jabi akan menjadi lokasi seterusnya untuk menerima puluhan ribu pengunjung dan pencinta perjuangan Islam pada awal Oktober ini.

Lokasi ditengah-tengah Pekan Jabi akan menjadi tumpuan dengan program yang akan diisi pelbagai acara menarik, bermula dari pagi Jumaat 5 Oktober lagi merangkumi program pemuda dan muslimat, ekspo dan pameran serta ceramah umum pimpinan-pimpinan utama Pakatan Rakyat.

Acara perasmiannya pula diadakan pada 3.00 petang Sabtu 6 Oktober yang akan dihadiri oleh Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan Darul Naim bersama Dato' Seri Tuan Guru Presiden Pas. Pendakwah kesukaan anak-anak muda, Ustaz Azhar Idrus juga akan mengisi satu slot istimewa selepas majlis perasmian tersebut.

Bagi pihak tuan rumah, pimpinan Majlis Tindakan Dun Jabi, untuk awalnya dengan berbesar hati, saya mengalu-alukan kedatangan seluruh tetamu-tetamu berkunjung ke Jabi. 'Tak Muat Masjid Jabi, 4 ekar tapak PGU kami tadahkan'. Dengan tekad untuk menjadikan PGU 5.0 ini yang terbaik antara yang terbaik, penyusunan gerak kerja sedang giat berjalan dan melihat kepada semangat dan kesungguhan yang ditampilkan oleh para petugas, kita berkeyakinan impian ini mampu direalisasikan.

Kesepakatan telah diambil bahawa segala kemudahan dan prasarana yang dimiliki oleh keseluruhan 25 buah cawangan-cawangan Pas di Dun Jabi akan kami manfaatkan untuk kemudahan dan keselesaan para pimpinan, petugas dan seluruh tetamu. Anggaplah kehadiran kita ke sini nanti sebahagian dari tugas dan tanggungjawab jihad demi meninggikan agama Allah.

Dengan izin Allah, kita meletakkan objektif supaya gelombang kebangkitan rakyat yang bergema dari himpunan ini akan menjadi badai yang meranapkan Umno di Dun Jabi khususnya dan Terengganu amnya.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template