Monday, June 4, 2012

Keputusan tragedi berdarah kes Batu Burok

Swandi3
Harakahdaily - Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu menetapkan esok, 4 Jun sebagai tarikh memberi keputusan terhadap dua tertuduh kes Batu Burok pada 2007 lalu.

Kedua-duanya Muhammad Azman Abd. Aziz, 21, dan Suwandi Ab. Ghani, 38, sebelum ini dituduh menggunakan kekerasan dan sengaja cuba mencederakan seorang anggota polis dalam Tragedi Batu Burok 8 September 2007.
Mereka juga ditembak oleh polis tersebut sehingga salah seorang daripada mereka iaitu Suwandi terpaksa dibedah untuk mengeluarkan peluru yang berada seinci daripada jantung beliau.
Swandi1
Mereka diwakili peguam pembela peguam Mohamed Hanipa Maidin serta Datuk Wan Abdul Muttalib Embong.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan menyeru seluruh umat Islam amnya dan ahli PAS khasnya mengadakan solat hajat disemua peringkat bagi mohon keselamatan dan kesejahteraan mereka.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template