Tuesday, May 1, 2012

Mari baca apa pencacai ini kata

woit! kah kah kah,,, semua orang berani cakap bergegar-gegar dalam utusan kah kah kah... macam2 boleh cakap dalam utusan...anda nak cakap meroyan macam orang gila pun tidak mengapa janji, matlamatnya dan sasarannya menentang PR...mereka berani merapu-rapu, merepek-repek kerana yang pasti mereka tahu pro PR tak akan beli utusan kah kah kah...

Aku nak highlight disini 2 perkara yang pencacai ini merepek pertama berkenaan dengan jumlah demonstran bahawa pencacai ini berhujah perhimpunan ini gagal kerana cuma 20 ribu orang sahaja yang datang kah kah kah...

woit kah kah kah...woit! pencacai ini tahu himpunan ini tak sampai pun 500 ribu, pihak bersih 3.0 pun tahu...28 April 300 ribu demonstran hadir berhimpun, kenapa pencacai ini tak menipu dengan angka 100 ribu atau 200 ribu? kah kah kah...
“Perhimpunan itu dari awal lagi sudah gagal kerana mereka hanya dapat menghimpunkan kira-kira 20,000 orang daripada 500,000 orang yang disasarkan. 

Yang kedua pencacai ini memuji pihak polis berjaya mengawalkeadaan. 
Beliau memuji tahap profesionalisme pihak polis yang berjaya mengawal keadaan walaupun ramai daripada peserta demonstrasi berlaku biadab dan mencabar pihak berkuasa itu.
Keadaan bagaimana? keadaan tu dicetus oleh provokasi polis dan mereka sendiri mengawal keadaan yang mereka telah cetuskan sendiri, dengan cara bagaimana? satu dunia sudah tahu keganasan polis, BBC (video BBC kena edit) pun tahu kah kah kah...

Jom dengan radio RABU meroyan...

Anwar patut digelar ketua pemberontak
Meloyakan... - Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya digelar sebagai ketua pemberontak berikutan keadaan huru-hara yang berlaku pada perhimpunan haram Bersih 3.0 di ibu negara Sabtu lalu.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, ketua pembangkang itu merupakan antara individu yang sepatutnya dipersalahkan kerana perhimpunan haram itu yang dijanjikan berlangsung secara aman bertukar menjadi ganas dan liar.

“Bagaimana hendak menjadi Perdana Menteri apabila dia sendiri menghasut orang ramai untuk melanggar peraturan. Kalau dia jadi Perdana Menteri, maknanya semua undang-undang akan langgar.

“Bagi saya Anwar tidak layak lagi jadi ketua pembangkang, malah dia patut dilabelkan sebagai ketua pemberontak kerana sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita peribadinya menjadi Perdana Menteri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Jelas Anuar lagi, menerusi rakaman video yang kini tersebar luas di Internet, Anwar dilihat jelas memberi isyarat kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali serta kumpulan peserta Bersih lain untuk merempuh penghadang polis semasa perhimpunan itu.

“Dia sanggup memperkudakan peserta demonstrasi Bersih untuk melakukan huru-hara di ibu negara dan saya percaya dia sanggup melakukan lebih daripada itu semata-mata untuk mendapatkan kuasa," katanya.

Kata Anuar, walaupun keadaan huru-hara tersebut berjaya ditimbulkan, beliau yakin majoriti rakyat di negara itu tidak bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh Anwar itu.

“Perhimpunan itu dari awal lagi sudah gagal kerana mereka hanya dapat menghimpunkan kira-kira 20,000 orang daripada 500,000 orang yang disasarkan.

“Sekarang terpulang kepada kumpulan majoriti senyap rakyat negara ini untuk menilai kerosakan yang dibawa oleh Anwar serta Bersih," katanya.

Sementara itu, bekas Exco Angkatan Muda Keadilan, Abdul Ghani Haroon berkata, Anwar adalah pemimpin yang patut ditolak oleh rakyat kerana Penasihat PKR itu bertindak biadab dan kurang ajar terhadap institusi penting di negara ini.

“Anwar telah berlaku biadab terhadap institusi kehakiman dan polis apabila tetap berdegil mahu meneruskan demonstrasi tersebut. Bagaimana dia mahu memimpin negara sekiranya undang-undang dia tidak hormat dan melanggarnya," katanya.

Beliau memuji tahap profesionalisme pihak polis yang berjaya mengawal keadaan walaupun ramai daripada peserta demonstrasi berlaku biadab dan mencabar pihak berkuasa itu.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template