Thursday, April 19, 2012

TIBAI mahu sedarkan rakyat, jom kita tibai balik

Jom kita TIBAI sekarang...

TIBAI ditubuhkan bertujuan untuk menyedarkan rakyat, membangkitkan kesedaran rakyat untuk menolak Anwar Ibrahim dan sekutunya. TIBAI menegaskan...lagi sekali, TIBAI menegaskan bahawa TIBAI tidak ada kaitan dengan UMNO mahu pun BN...

TIBAI akan dilancarkan secara rasmi Ahad ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. Sekali lagi...TIBAI tiada kena mengena dengan mereka (UMNO/BN) dan keluarga mereka...

TIBAI tiada kaitan dengan UMNO/BN...adakah geng2 kelab TIBAI ini akan menengtang rejim UMNO/BN untuk membela rakyat? semestinya geng2 kelab TIBAI ini akan menibai DSAI...Mereka lupa, dibelakang DSAI berjuta rakyat bersama DSAI dibawah payung Pakatan Rakyat...28hb April amat lah sesuai bagi geng2 kelab TIBAI menibai...
Jom kita TIBAI melalui radio


geng-geng kelab TIBAI

TIBAI mahu sedarkan rakyat
Meloya- Bekas-bekas pemimpin termasuk pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini bersatu menubuhkan Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) bagi menggerakkan usaha untuk menyedarkan rakyat supaya menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kelab itu diketuai bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Muhammad Zahid Md. Arip dan akan dilancarkan secara rasmi Ahad ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Menurut Muhammad Zahid, selain beliau yang akan bertindak selaku Mursyidul Am TIBAI, seramai 28 bekas pemimpin PKR lain telah dilantik sebagai ahli majlis syura dan mereka akan menggerakkan segala usaha bagi memastikan cita-cita Anwar untuk bergelar Perdana Menteri dihalang.

"Matlamat TIBAI adalah untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat agar menolak Anwar serta sekutu-sekutunya. Selaku bekas pemimpin PKR kami cukup mengenali perilaku Anwar dan dengan jelas kami nyatakan beliau tidak layak untuk memimpin negara.

"Kami akan turun ke seluruh negara untuk menyedarkan rakyat dan kami sanggup berdepan dengan Anwar di mana sahaja ceramah ketua pembangkang itu. Kami akan guna pendekatan sama sebagaimana kami membantu Anwar dulu," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan, bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong serta beberapa bekas Exco Angkatan Muda PKR.

Mengulas lanjut, Muhammad Zahid berkata, modus operandi yang akan TIBAI gunakan pada kali ini adalah saling tidak tumpah seperti Gerakan Sumpah Keramat yang pernah digerakkan Angkatan Muda PKR pada lewat tahun 90-an dahulu, tetapi dengan pendekatan yang pelbagai.

Katanya, keahlian TIBAI kini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berhasrat menolak cita-cita rakus Anwar dan penyertaan mereka tidak dikenakan sebarang yuran keahlian sebaliknya, setiap ahli hanya perlu beriktikad dalam hati demi agama, bangsa serta negara.

"Sesiapa sahaja yang cintakan keamanan, kestabilan, kemakmuran serta sudah muak dengan permainan politik murahan Anwar yang menghalalkan apa sahaja demi matlamat politik sehingga sanggup mengorbankan akidah dipelawa menjadi ahli TIBAI," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan pembangkang akan mengaitkan TIBAI dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN), Muhammad Zahid berkata, itu memang cara Anwar untuk 'lari' daripada isu sebenar tetapi beliau menegaskan kelab tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan UMNO mahu pun BN.

Katanya, TIBAI bergerak atas kapasiti serta kemahiran bekas pemimpin-pemimpin PKR itu sendiri kerana mereka semua memiliki pengalaman berbuat demikian semasa era reformasi dahulu walaupun pada ketika itu PKR tidak mempunyai dana yang mencukupi.

"Mengaitkan UMNO dan BN dengan segala kejahatan memang taktik Anwar sedangkan beliau sendiri tidak berani membersihkan dirinya dengan membuat sumpah laknat seperti yang dilakukan Perdana Menteri apabila dituduh terlibat dengan isu Altantuya Shaariibuu," katanya.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template