Friday, April 20, 2012

Tempoh kempen tidak kurang 10 hari kata SPR, padan muka Pakatan Rakyat

0.000000000000001 % saja masalahnya


"SPR akan sentiasa melakukan yang terbaik dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab tersebut secara adil dan saksama kepada semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya,''  - Abdul Aziz .

Pakatan Rakyat jangan melatah, terima lah hakikat bahawa PR akan jadi pembangkang sampai kiamat...

Tempoh 10 hari berkempen sangat baik, Barisan Nasional sebuah parti yang menerima sokongan rakyat padu tidak perlu berkempen lama-lama...
Kempen lama-lama buang masa...

BN ada media yang sanggup bekerja keras untuk memberikan kemenangan kepada pemerintah seperti TV3, RTM...10 hari sudah cukup untuk Barisan Nasional...

Jika PR masih tidak cukup dengan 10 hari tersebut, itu masalah pihak pakatan...SPR telah memberikan "terbaek"...

Projek IC, projek hilangkan maklumat pengundi, ratusan ribu pengundi dipindahkan tempat mengundi,pengundi yang boleh mengundi lebih dari 10 pusat mengundi atau pengundi bangkit dari kubur itu cuma masalah biasa, masalah kecil saja. Mana-mana negara di dunia ini pun berlaku perkara yang sama...masalah ini cuma berlaku dengan peratusan yang kecil iaitu 0.000000000000001 % saja...


Siaran langsung dari Radio bangsar Utama jam 9.00 malam ini
Pakatan Rakyat tidak perlu risau, IC tersebut akan luput selepas pilihan raya...terbukti  UMNO/BN tidak gadaikan negara
Tempoh kempen tidak kurang 10 hari
Meloya - Tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diputuskan tidak kurang daripada 10 hari, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof (gambar).

Keputusan tersebut, katanya, dicapai hasil Mesyuarat Khas SPR semalam yang membincangkan secara terperinci setiap syor Jawatankuasa Pilihan Raya Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (JPKP).

Katanya, mesyuarat turut menerima supaya proses pelantikan pengerusi, timbalan pengerusi dan anggota SPR dikaji semula secara teliti untuk memberi keyakinan bahawa badan itu benar-benar bebas daripada pengaruh Eksekutif dan Legislatif.

Beliau berkata, pihaknya juga bersetuju penstrukturan semula badan itu dilaksanakan dengan memberi kuasa perundangan sewajarnya.

"SPR menyambut baik usaha memperkasa kedudukan badan itu di sisi perundangan serta kedudukan struktur fungsi SPR sebagai sebuah badan bebas yang bertanggungjawab mengendalikan urusan pilihan raya di negara ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan setebal 16 muka surat bagi merumus cadangan serta saranan yang telah berlangsung selama enam bulan.

Menurut Abdul Aziz, hasil pelaksanaan kajian semula itu tentunya akan membawa kepada keperluan menambah sumber manusia dan menaik taraf perjawatan serta peruntukan kewangan yang mencukupi.

Kesemuanya itu, katanya, selaras dengan pengukuhan struktur dan penambahan kuasa perundangan dan perjawatan yang disyorkan.

Sambil merakamkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam kajian penambahbaikan itu, beliau berkata, sebanyak 22 syor telah dikemukakan untuk dikaji dan diambil tindakan mengikut kesesuaian dan keupayaan.

Sebanyak tujuh daripada 10 syor akan dilaksanakan termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal bagi anggota tentera dan polis, pembersihan daftar pemilih, memansuhkan proses bantahan terhadap kertas pencalonan pada hari penamaan calon dan memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara yang berdaftar sebagai pemilih untuk mengundi secara pos.

Mengenai cadangan ditubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi mengawasi pelaksanaan kerja SPR dan urusan berkaitan daftar pemilih, katanya, ia bercanggah dengan kedudukan dan kebebasan SPR di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Mengenai cadangan pendaftaran secara automatik, katanya, SPR perlu membuat kajian terperinci dari pelbagai sudut dan implikasi kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

"SPR sebagai sebuah badan bebas bertanggungjawab melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya berdasarkan tiga fungsi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"SPR akan sentiasa melakukan yang terbaik dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab tersebut secara adil dan saksama kepada semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya,'' katanya.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

1 comments:

paksu on April 20, 2012 at 10:39 PM said...

Mana boleh sepuluh hari ... kejap sangat..
BACA ALQURAN ONLINE – SURAH YASIN | Perkongsian Maklumat Bermanafaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template