Tuesday, April 24, 2012

SPR betul-betul bermusuh dengan pembangkang !

Kenapa buku ini wujud? buku ini diwujudkan dan diedar untuk melawan pembangkang...tuntutan rakyat yang mahu haknya untuk memilih kerajaan yang mereka suka harus dilawan...tuntutan BERSIH harus dilawan...

tuntutan rakyat harus dilawan...rakyat yang menuntut keadilan dicop pembangkang...rakyat menuntut pilihanraya suci dicop pembangkang...rakyat tiada pilihan...SPR telah mencoraknya sebegitu...

Buku ini diedar untuk menyekat kemaraan rakyat turun ke jalan raya kah kah kah...

“Kita ada 12 juta pengundi. Mesti akan berlaku sedikit kesilapan. Mana ada negara yang sistem daftar pengundi mereka betul-betul bersih.

Bulshi# ! ....

INI FITNAH? kepala hotak dia...

Tan Sri Abdul Aziz menunjukkan buku menepis dakwaan pembangkang kepada media di pejabatnya di Putrajaya. — Foto oleh Choo Choy May

SPR cetak 5,000 naskah buku tepis dakwaan pembangkang


The Malaysia Insider - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mencetak 5,000 naskah buku yang menjawab segala dakwaan pembangkang ekoran mereka kerap mempertikaikan kredibiliti sistem daftar pemilih.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ketika sidang media pelancaran buku tersebut berkata, pihaknya berharap segala dakwaan pembangkang itu dapat dijawab dengan penghasilan buku berkenaan.

Buku yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya ini sudah dicetak sekitar 5,000 naskah, dengan versi berbahasa Inggeris masih lagi berada di dalam proses percetakan.

“SPR telah mencetak 5,000 naskah versi bahasa Melayu. Untuk versi berbahasa Inggeris masih lagi dalam proses,” katanya dan menambah, kos setiap naskah berkenaan dianggarkan berharga RM4.

Tambah Abdul Aziz, sejak laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berkenaan penambahbaikan pilihan raya membentangkan laporan mereka, pihaknya menerima pelbagai reaksi berkenaan daftar pemilih yang menurutnya, kebanyakan daripada reaksi dan dakwaan itu adalah tidak tepat.

“PSC dibentang dan diluluskan Parlimen pada 2 April lalu, dan banyak reaksi diterima daripada media dan pelbagai pihak. (Namun) banyak perkara yang dikatakan itu tidak tepat,”katanya.

“Ini kerana mereka tidak begitu faham proses di SPR ini, banyak pihak memperkatakan berkenaan daftar pemilih. Jadi kita telah mengemukakan jawapan terhadap dakwaan beberapa isu yang berkaitan daftar pemilih dalam buku kecil ini.”

Buku 12 muka surat itu akan diedarkan kepada parti politik, jabatan-jabatan kerajaan dan organisasi media termasuk orang ramai, merangkumi jawapan terhadap 12 dakwaan pembangkang terhadap sistem daftar pemilih di negara ini yang dipertikaikan mereka.

“SPR amat mengambil berat berkenaan perkara ini,” katanya. “Sistem pilihan raya Malaysia adalah antara yang terbaik, hinggakan negara luar melawat ke negara kita untuk melihat sendiri sistem pilihan raya kita.”

Malah, tambahnya, negara-negara asing ini juga turut menjemput pihaknya untuk memantau pilihan raya di negara mereka.

“Kalau mereka tidak percaya, kenapa mereka jemput kita?” soalnya ketika sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini.

Selain itu, Abdul Aziz juga meminta sesetengah pihak tidak mempersoalkan kredibiliti SPR kerana menurutnya, jumlah pengundi yang ramai di negara ini, mustahil untuk SPR membersihkan 100 peratus senarai daftar pemilih berkenaan.

“Kita ada 12 juta pengundi. Mesti akan berlaku sedikit kesilapan. Mana ada negara yang sistem daftar pengundi mereka betul-betul bersih.

“Janganlah kerana sedikit kecacatan kita terus tuduh yang bukan-bukan kepada SPR. Ini sama seperti ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’,” katanya merujuk kepada perumpamaan Melayu.

“SPR mengharapkan dengan pengedaran buku ini, dakwaan sesetengah pihak dapat disangkal dengan fakta berikutan mereka sering mempersoalkan kredibiliti sistem daftar pemilih SPR,” tambahnya lagi.

Next: Bersih akan dite

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

2 comments:

Anonymous said...

“Janganlah kerana sedikit kecacatan kita terus tuduh yang bukan-bukan kepada SPR. Ini sama seperti ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’,” katanya merujuk kepada perumpamaan Melayu.


kerana kau seoranglah habis semua kakitangan spr terlibat ,dituduh penipu ...

Anonymous said...

Tuduh bukan sebarangan, ada bukti dan kesilapan itu boleh dibetulak dengan cepat. Contoh pengundi berumur 132 tahun telah dikesan.Tup-tup SPR boleh hilangkan pula, senang jer prosidur tak perlu rujuk atau salahkan JPN?
Satu lagi , rakyat minta kurangkan kesilapan dan kesalahan tapi spr BOLEH ALIHKAN tempat pengundi dengan sewenangnya dan alasan diberi tak kena langsung contoh SPR alihkan Pengundi MB Selangor kini ke tempat yg terlalu jauh dari tempat mengundi yang lama. Tak logik lansung. Kalau dikatakan sebab setitik, setitik itu ialah Pengerusi SPR itu dan cuba ubah dengan menggantikan pengerusi yang baru, mana tau?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template