Thursday, April 26, 2012

Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno - Saifuddin Nasution

SENASKAH BUKU UNTUK MENUTUP BANGKAI GAJAH
Woi ! kah kah kah satu Malaysia dak kena tipu... SPR siap terbitkan buku kah kah kah...

Buku apa? 5000 buku dieadar utk membodoh bodohkan rakyat...

woi! woi! kah kah kah...senaskah buku tidak cukup untuk menutup bangkai gajah...

“Saya juga ada maklumat di mana cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno),” - Saifuddin Nasution Ismail

Setakat edarkan buku tidak cukup hendak mengelapkan kerja kotor...tugas berat untuk media pencacai kah kah kah...

KEADILAN dakwa Pengerusi SPR, Timbalan ahli Umno

Keadilandaily - Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ahli Umno.
Beliau yang mendakwa mempunyai bukti kukuh mengenai keanggotaan mereka dalam Umno turut mencabar mereka menafikannya.
“Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.
“Saya juga ada maklumat di mana cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno),” katanya, lapor Sinar Harian.com hari ini.
Menurut Saifuddin, jika mereka enggan menafikannya, beliau akan mendedahkan nama cawangan Umno berkenaan.
“Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno,” kata Saifuddin lagi.
“Mereka patut lepaslah (keahlian dalam Umno), jangan ada sekelumit prejudis dan prasangka bahawa SPR ini berpihak kepada mana-mana parti politik,” katanya dipetik.


KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template