Sunday, April 8, 2012

Orang Melayu Islam Tidak Boleh Memerintah Secara Bersendirian

BULETIN ONLINE - Allah menjadikan manusia dengan pelbagai bangsa yang tidak boleh hidup secara sendiri tanpa mendapat kerjasama dari bangsa-bangsa lain kerana setiap bangsa yang dijadikanNya mempunyai kemahiran dan tugas masing-masing.

PAS mahu membetulkan fahaman salah parti-parti dalam Barisan Nasional (BN) yang  berteraskan bangsa, umpamannya Umno hanya mementingkan orang Melayu sahaja dan tidak mempedulikan bangsa-bangsa lain.

Oleh itu, PAS menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (PAS) yang membuka ruang kepada orang bukan Islam bukan Melayu untuk bersama-sama dengan PAS.

“Islam bukan sahaja satu agama, ia berbeza dengan agama lain kerana dalam Islam ada ajaran politik dan ada ajaran ekonomi,

“PAS mahu membawa politik cara Islam yang menyatakan bahawa manusia diatas dunia tidak boleh hidup satu bangsa sahaja,

“Umno ialah satu parti untuk orang Melayu sahaja, tidak peduli kepada orang-orang Cina (dan India) kalau pun peduli hanyalah sambil lewa sahaja, ”ujar Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Begitu juga negara kita Malaysia, beliau berkata, tidak boleh diperintah oleh satu bangsa dan satu agama sahaja kerana ia adalah Negara yang didiami oleh pelbagai bangsa dan agama.

Kerana itu, katanya, PAS mengadakan kerjasama dalam amalan politik dengan DAP dan PKR kerana terdapat bangsa-bangsa lain dalam parti-parti tersebut, yang boleh menyelesaikan masalah pemerintahan Negara.

“Malaysia tidak boleh diperintah oleh orang Melayu sahaja kerana ada orang Cina dan orang India, orang Cina (dan India di negara ini) dan orang Cina (dan India) terima hakikat  bahawa majoriti penduduk Malaysia adalah Melayu Islam,

“tetapi orang Melayu Islam yang memerintah mestilah mengambil kira hal-hal orang Cina dan orang India,”jelassnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Parlimen Marang di Wakaf Tapai dekat sini pada Jumaat 6 April.

Sehubungan itu, Ustaz Hadi mengimbas kembali, keadilan PAS tanpa mengira bangsa dan latarbelakang ekonomi sewaktu memerintah negeri Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004.

Katanya, penghapusan cukai pintu rumah kediaman di kawasan majlis-majlis perbandaran oleh kerajaan PAS membantu golongan miskin walaupun ia memberi kelebihan kepada ramai orang-orang Cina yang tinggal dibandar-bandar.

Pada masa yang sama, menurutnya, PAS meningkatkan cukai kepada golongan kaya dengan meningkatkan cukai kawasan-kawasan industri walaupun ramai dikalangan mereka juga adalah dikalangan orang-orang Cina.

Katanya, PAS meletakkan kebersamaan dengan memberikan tanah tapak kepada semua kaum dan semua pihak tidak kira orang Melayu Cina dan India kerana ia merupakan hak kepada seluruh rakyat.

“Hak hidup kita kena sedar, tiap-tiap irang kena ada tanah untuk rumah, kena ada tanah untuk orang berniaga, kena ada tanah untuk bertanam, kena ada tanah untuk ditanam dalam kubur, 

“kena ada semua, ini hak dia, maka kita laksanakan (pemberian tanah) ini semasa kita memerintah,”katanya

Malangnya, menurut beliau, Umno dan Barisan Nasional yang mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu dengan ‘penipuan’ bermula tahun 2004 telah merampas kembali tanah-tanah tersebut.

Turut hadir dalam Majlis tersebut adalah Setiausaha Agong PAS Dato’ Haji Mustafa Ali, Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali, Pengerusi DHPP Dr. Balachandran dan Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing dan Pengerusi MTD Pengkalan Berangan Ustaz Abdullah Suhaimi Zakaria.


KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

1 comments:

kampong lad on April 8, 2012 at 1:04 PM said...

baru sedaq ka? malaysia ialah negara sekular dimana kerajaan dibentuk oleh rakyat melalui wakil rakyat. (wakil rakyat bukan raja & bukan sultan - tapi kebanyakan berkelakuan macam tu lah - pemimpin berjiwa rakyat, kerajaan berjiwa rakyat, pemimpin pejuang rakyat & lain2). pengundi2 & calon2 (kena ulang lagi - RAKYAT ) terdiri dari berbagai2 kaum, budaya, kepercayaan & adat. apabila satu2 kerajaan dibentuk pastilah penggubal undang2 terdiri dari berbagai latar belakang, berperbezaan pendapat, kepentingan, keutamaan & lain2 juga. salahkah atau berdosakah sekiranya satu2 pemerintahan berjalan seiring dgn nilai2 islam & juga nilai2 sejagat tanpa lebel islam? siapa boleh jamin majoriti melayu/islam dimalaysia akan terus kekal?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template