Friday, April 20, 2012

Orang mati mengadu dengan SPR, mana nak layan...

mangkuk ayun

Kenapa nama masih belum ada dalam sistem SPR? walaupun pengadu sudah mengadu?...SPR percaya mereka berurusan dengan orang yang sudah mati...yang terpacak mengadu kepada SPR berkenaan hal tersebut adalah orang sudah mati...


dah mati, apa mereka(pencacai SPR) peduli... jadi orang yang sudah mati perlu dibersihkan dari data SPR...“Selepas mereka periksa, saya dikatakan sudah mati, so siapa saya yang sedang berdiri sekarang ini,” nama dia tidak ada dalam sistem sebab SPR percaya dia sudah mati maaa...umpama pergi bank nak keluarkan wang di kaunter "Encik, encik tak boleh keluarkan duit sebab encik sudah mati"


‘SPR kata saya sudah mati’


Keadilandaily - Liau Kok Fah, ahli jawatankuasa pemandu Bersih mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan beliau sudah mati selepas namanya dikeluarkan dari daftar pemilih suruhanjaya itu.
Walaupun beliau pernah mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, namun beliau gagal mengundi pada PRU lalu selepas namanya tiada dalam daftar pemilih selepas dikatakan sudah ‘meninggal dunia’.
“Pada 2010, saya sendiri menemui Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengenai stautus saya dan mengapa nama saya tiada dalam daftar pemilih selepas gagal mengundi.
“Selepas mereka periksa, saya dikatakan sudah mati, so siapa saya yang sedang berdiri sekarang ini,” soalnya kepada Suara Keadilan selepas ditemui pada sidang media Bersih 3.0 hari ini.
Beliau turut menunjukan memberikan nombor kad pengenalan beliau untuk wartawan menyemaknya sekali lagi.
“Kali terakhir saya menyemak nama saya, dua bulan lalu dan mendapati nama saya masih tiada walaupun saya sendiri sudah bertemu dengan pengerusi SPR sebelum ini.
“Saya dikatakan sudah meninggal dunia pada 1970, walaupun pernah mengundi pada PRU 2004,” katanya yang turut berbaju Bersih hari ini.
Sementara itu, semakan Suara Keadilan di laman SPR mendapati beliau dinyatakan ‘tiada rekod’ dalam daftar pemilih itu selepas diperiksa hari ini.
Sebelum ini, Suara Keadilan turut melaporkan kes sama yang dihadapi seorang lelaki Cina bernama Ivan Ho Heng Thong.
Ivon turut membuat laporan polis berhubung kes itu, namun tiada respon positif diterimanya.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

1 comments:

Anonymous said...

nmpak no.. kalau spr kate ko da mampos taon 70.. cmner taon 2004 ko ley mngundi.. haram j pnye mnusie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template