Thursday, April 19, 2012

Mereka bukan samseng, tuduhan melampau pihak pembangkang

Ayuh! cepat ke masjid !, mungkin itu yang dilaungkan oleh  40  pemuda  kepada  mahasiswa tersebut
Mereka yang datang ziarah pagi tadi adalah mereka dari golongan2 yang beriman bukan samseng seperti yang dikokokkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat begitu cepat menuduh tanpa usul periksa. Mahasiswa buta kayu ke tidak kenalkah mereka itu semuanya kelihatan makam tinggi2...dahi semua lebam2...
Mereka datang secara aman menziarah mahasiswa...Mungkin pada waktu ketika itu mereka yang seramai 40 orang yang dituduh samseng itu mahu mengajak mahasiswa buat qiamullai secara berjemaah di masjid. Pengelutan berlaku disebabkan angkara mahasiswa enggan bangun untuk solat berjemaah dan ada mahasiswa mengamuk kerana mengacau mereka tengah sedap tidur. Hati-hati tuduh mereka samseng...tak baek...
NONE

Ini video bukti dakwaan pihak Pakatan/mahasiswa bohong !


Menteri: Hati-hati dakwaan serangan di Dataran
MK - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyeru orang ramai supaya berhati-hati dengan dakwaan bahawa pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka diserang.

Tanpa mengutuk serangan tersebut, Hishammuddin berkata dakwaan itu boleh disebarkan melalui sistem SMS dan media dalam talian untuk membangkitkan kemarahan masyarakat umum.

Katanya dakwaan seperti itu juga pernah digunakan sebelum ini untuk mebangkitkan emosi orang ramai dalam isu perkauman, agama dan kini melibatkan pelajar.

Beliau juga menasihati anggota masyarakat supaya tidak bertindak balas dan membezakan di antara dakwaan betul dan palsu.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Hishammuddin turut menyarankan supaya kes tersebut disiasat oleh agensi terbabit.

Beliau mengulas insiden melibatkan sekumpulan individu tidak dikenali yang merosakkan khemah dan menyerang kumpulan pelajar yang berhimpun di satu sudut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Seorang daripada pelajar berkenaan dibawa ke hospital ekoran kecederaan yang dialami akibat serangan tersebut.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template