Wednesday, April 18, 2012

Mahasiswa Gempur Berdemo Depan Wisma Darul Iman

Buletin Online - Beberapa minit sebelum Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) berdemo di hadapan Wisma Darul Iman, Menteri Besar Umno Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said telah pun membuat keputusan menutup mata dan memekakkan telinganya.

Dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco negeri Terengganu kira-kira jam 1 petang hari ini, Ahmad Said tetap berkeras tidak akan berundur walau setapak pun.

Beliau tetap dengan keputusannya, tidak akan mengembalikan pinjaman pelajaran yang telah ditarik dari sembilan orang mahasiswa yang sedang menuntut di Negara Mesir.

Sambil menyindir, Ahmad berkata, ada sembilan orang, berbahagilah antara PAS dengan PAS, untuk menanggung pembiyaan pelajaran pelajar tersebut.
Kira-kira jam 2 petang, rombongan Gempur yang dihalang dari mengadakan demo dihadapan bangunan Yayasan Terengganu, berjalan melalui Stadium Sultan Zainal Abidin menuju pusat pentadbiran keraajaan itu.

Sambil melaung hidup mahasiswa dan ‘student power’mereka menempikkan slogan yang sama, bersolidariti dengan rakan-rakan mereka yang sedang meneruskan perkhemahan kuliah di Dataran Merdeka.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template