Sunday, April 15, 2012

Mahasiswa dicekik dan ditumbuk di Dataran Merdeka

Penguatkuasa DBKL rempuh mahasiswa, robohkan khemah


Keadilandaily - Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak ganas apabila merempuh mahasiswa yang membuat benteng bagi mempertahankan khemah mereka dari dirobohkan di Dataran Merdeka.
Dua mahasiswa, dikenali Alif Hafiz dan Alif Asyraf turut cedera apabila dicekik dan ditumbuk dari bahagian belakang ketika penguatkuasa berkenaan meroboh khemah mereka jam 5 petang tadi.

Daripada enam buah khemah yang didirikan sejak semalam, hanya satu sahaja yang tinggal selepas dirosakkan penguatkuasa  DBKL.
Terdahulu, penguatkuasa DBKL mula merampas dua buah khemah sejak jam 3 petang  manakala empat lagi didirikan semula mahasiswa berkenaan.
Menurut seorang jurucakap mahasiswa di situ, beberapa anggota polis hanya menyaksikan kejadian itu tanpa melakukan sebarang tindakan.
Katanya, mereka juga telah berbincang dengan peguam dan akan meneruskan ‘Sidang Rakyat’  seperti yang dilakukan malam tadi.
Mahasiswa membuat benteng mempertahankan khemah mereka
Bagaimanapun katanya, mereka memerlukan khemah tambahan untuk meneruskan aksi bantahan mereka.
Semalam, kira-kira 30 mahasiswa mendirikan khemah di Dataran Merdeka bagi menyuarakan bantahan dan mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Mereka juga merancang untuk berkhemah di kawasan itu sehingga 28 April ini.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

2 comments:

MO on April 15, 2012 at 8:27 PM said...

Assalamualaikum..bolehkah kiranya tuan empunya blog nie link kan blog saya kat blog nie..saya dah link kan blog tuan di blog saya.Ni link blog saya

http://komenkutoyou.blogspot.com/

HHRS 2.0 on April 15, 2012 at 9:19 PM said...

Salam...sudah di link kan di bloglist 1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template