Sunday, April 8, 2012

Kumpulan anti Lynas akan berdemo di masjid serata negara

Kumpulan anti Lynas berkata mereka akan meneruskan kempen mereka ke masjid-masjid di seluruh negara sebagai sebahagian daripada usaha menghentikan pembinaan kilang Lynas Corporation di Kuantan. - Gambar fail
THE MALAYSIAN INSIDER - Kumpulan anti Lynas berkata mereka akan meneruskan kempen mereka ke masjid-masjid di seluruh negara sebagai sebahagian daripada usaha menghentikan pembinaan kilang Lynas Corporation di Kuantan.

The Malaysian Insider difahamkan rancangan protes 13 April ini dijalankan terhadap masjid “terpilih” dari seluruh negara, yang mana akan di jalankan oleh NGO, Solidariti SeMalaysia Himpunan Hijau. Dianggarkan sejumlah 22 kumpulan termasuk Asalkan Bukan Umno (ABU) dan Badan Bertindak Anti Nadir Bumi (Badar) akan terlibat dalam kempen tersebut.

Wakil ABU, Haris Ibrahim berkata kepada The Malaysian Insider, objektif utama Solidariti SeMalaysia Himpunan Hijau adalah untuk menyampaikan maklumat lengkap terhadap salah anggap isu Lynas yang mana dilihat hanya melibatkan komuniti Cina dan mereka yang tinggal di Gebeng.

“Mesejnya mudah. Seluruh negara tidak mahukan Lynas. Kami tidak mahu pembinaan itu diteruskan.

“Dan isu ini turut melibatkan Muslim, bukan hanya masyarakat Cina, sebab itu protes dijalankan di masjid. Kami akan berkumpul selepas solat Jumaat dan mengadakan protes terhadap Lynas,” katanya.

Menurut Haris, rancangannya adalah untuk menganjurkan “perhimpunan” sekurang-kurangnya di satu masjid setiap negeri.

“Kami berbincang berkenaan semua negeri di dalam negara ... setakat ini, lima atau enam masjid sudah menyatakan persetujuan,” tambahnya.

Acara utama protes berkenaan kata aktivis itu adalah di Dataran Kemerdekaan in Shah Alam, di mana penyokong perhimpunan anti Lynas akan berkumpul di Masjid Shah Alam sebelum bergerak ke Dataran.

Tegas Haris, protes tersebut telah dirancang sebelum Bersoih 2.0 dan Himpunan Hijau dalam protes 28 April, dan kini ia menjadi pemanas badan untuk perhimpunan berkenaan.

“Kami akan menunjukkan solidariti ... di setiap masjid, kami akan menentang Lynas.”

Himpunan Hijau sebelum ini mengesahkan penyertaan perhimpunan Bersih 2.0 28 April ini untuk memberikan tekanan kepada kerajaan untuk menghentikan pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Kuantan.

Ini merupakan Perhimpunan Hijau ketiga, dan dijangka dengan kuantiti yang lebih besar berbanding perhimpunan sebelumnya yang diadakan di Kuantan pada 9 Oktober 2011, dan 26 Febuari 2012.

Anak syarikat Lynas Corp’s Malaysian telah mengesahkan kilang berkenaan akan beroperasi dalam masa tiga minggu.

Kerajaan sebelum ini telah membentuk Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) berhubung Lynas namun pengkritik melihat ia hanyalah untuk meredakan keadaan oleh pentadbiran Najib.

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR), yang merupakan sebahagian daripada pergerakan anti Lynas di Kuantan telah bersepakat menolak PSC yang mana telah diberikan tempoh tiga bulan mencari jalan penyelesaian berhubung perkara berkenaan.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template