Friday, April 20, 2012

Iran Mencuri Minyak Iraq bernilai 17 bilion Dolar Setiap Tahun

Eramuslim - Sebuah laporan yang dikeluarkan oleh International Centre for Development Studies yang berpusat di London menegaskan bahawa Iran sedang mencuri sejumlah besar minyak dari medan minyak negara jiran Iraq.

Menurut laporan itu, Iran mencuri minyak dari ladang Iraq bernilai 17 bilion dolar. Lahan-lahan minyak itu adalah rumah bagi lebih dari 100 bilion tong dan majoriti dari ladang yang berada di dalam sempadan Iraq.

Jumlah minyak Iran yang diambil dari Iraq, laporan ini menjelaskan, dianggarkan mencapai 130,000 tong dan terutama berasal dari empat ladang minyak Iraq: Dehloran, Naft Shahr, Beidar Barat, dan Aban. Pelanggaran Iran atas hak-hak minyak Iraq juga meluas ke ladang al-Tayeb dan fakka serta ladang Majnoun yang dianggarkan mencapai 250,000 tong.

Jumlah minyak Iran yang dicuri dari Iraq dianggarkan 14 peratus daripada pendapatan minyak Iraq.

Laporan ini menunjukkan bahawa Iran menggunakan minyak Iraq secara sepihak walaupun kedua-dua negara sebelumnya telah sepakat membentuk jawatankuasa bersama untuk mengawal penggunaan minyak di ladang minyak yang ada di sempadan. Selain itu, penggalian Iran yang dilkukan di sempadan mempunyai kesan negatif pada kualiti minyak Iraq kerana mempengaruhi tekanan di lahan atau ladang minyak Iraq.

Menurut laporan itu, alihan minyak Iraq ke Iran mungkin melalui rangkaian penyeludupan yang tersebar di sempadan yang membawa minyak Iraq ke Iran rata-rata 35.000 barel per hari.

Penyeludupan minyak Iraq ke Iran memainkan peranan utama dalam menekan kesan sekatan ekonomi yang dilaksanakan terhadap Iran. Minyak yang dicuri kemudian dieksport kembali ke Iraq setelah dihasilkan menjadi pelbagai produk minyak atau menjadi tenaga elektrik.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template