Friday, April 27, 2012

Haiwan didahulukan ! 20 ekor burung merpati (dua jenis) dengan harga RM384,000.00

Woi ! kah kah kah kerajaan UMNO/BN Terengganu lebih pentingkan zoo daripada 9 pelajar mereka yang melanjutkan pelajaran di Mesir telah diberhentikan pinjaman pelajaran...

“Burung-burung di Tasik Kenyir sudah mati, dimakan ular dan biawak, rakyat keugian ratusan ribu ringgit, kini Ahmad beli pula untuk zoo dia di Bukit Takal,

Mengalahkan projek lembu NFC...macam2 cara nak rembat wang rakyat...

Pelbagai Beruk Dan Monyet Zoo Bukit Takal Belanja Wang Rakyat RM953,000.00
Buletin Online - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu membazirkan wang rakyat dengan membina sebuah zoo di Bukit Takal, Kijal, dalam Dewan Undangan Negeri Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said.

Menurut Penolong Setiausaha PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, kos keseluruhan pembangunan zoo tersebut adalah RM94, 949, 373.00 manakala kos bagi rundingcara (consultative) adalah sebnyak 11% bernilai RM8, 418, 406,00.

Katanya, pemerolehan pelbagai haiwan zoo tersebut memakan belanja dan mengorbankan wang rakyat sebanyak RM8,000,000.00.

“Antara haiwan yang dibeli adalah, 3 ekor Badak Sumbu Putih berharga hampir RM1 juta dengan setiap seekor berharga RM330,000.00 (USD100,000.00), 6 ekor zirafah berharga RM1.6 juta dengan setiap seekor berharga lebih RM250,000.00 (USD90,000.00) dan 2 ekor harimau berharga RM128,000.00 dengan setiap ekor RM64,000.00 (USD20,000.00),”jelasnya ketika ditemui

[Gambar - Dr. Syed Azman ketika berucap di Persidangan Dewan Undangan Negeri pada Rabu, 25 April]

Katanya, selain itu, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said turut membeli empat ekor Cheetah berharga RM256, 700.00 dengan harga setiap ekor adalah RM514,000.00 (USD20,000.00).

Menurutnya, pelbagai jenis beruk dan monyet yang dibeli oleh kerajaan antaranya, Chimpanzee, Baboon dan monyet tupai.

“Enam ekor chimpanzee (Beruk) dengan harga RM672,000.00 dengan setiap ekor berharga RM112,000.00 (USD35,000.00), enam ekor Baboon (Beruk) dengan harga RM153,600.00, harga setiap ekor adalah melebihi RM24,000.00 (USD8,000.00), enam ekor Monyet Tupai (Squirrel Monkey) dengan harga RM128,000.00, harga setiap ekor adalah RM18,000.00 (USD5,000.00,”ujarnya.

Katanya, Ahmad bukan sahaja tidak ingat jumlah yang dibelanjakan dalam membangunkan zoo tersebut, bahkan Pengerusi Umno itu menafikannya.

Sedangkan, menurut beliau yang juga ADUN Batu Burok, perbelanjaan tersebut telah dibentang dalam ucapan bajet negeri Terengganu untuk tahun 2011 lalu.

Selain itu, kata Dr. Syed, Ahmad telah mengulangi kesilapan membeli burung pelbagai jenis dari luar Negara dengan harga yang mahal dan diletakkan di Tasik Kenyir.

“Burung-burung di Tasik Kenyir sudah mati, dimakan ular dan biawak, rakyat keugian ratusan ribu ringgit, kini Ahmad beli pula untuk zoo dia di Bukit Takal,

“dia belia 24 ekor burung Flamingo berharga RM230,400.00, harga setiap ekor adalah RM9,000.00 (USD3,000.00), 10 ekor burung kakak tua dengan harga RM160,000.00, harga setiap ekor RM15,000.00 (USD5,000.00),

“dan 20 ekor burung merpati (dua jenis) dengan harga RM384,000.00 setiap ekor purata berharga lebih RM9,000.00 (USD2500 – 3500),”tegasnya.

Beliau menyatakan kekesalannya dengan tindakan kerajaan Umno/BN negeri Terengganu yag berterusan menggunakan wang rakyat bagi perkara-perkara yang tidak membawa manfaat yang besar kepada rakyat.

Pada masa yang sama, katanya, kerajaan negeri menyekat bantuan zakat dan memberhentikan pinjaman pendidikan kepada sembilan orang pelajar yang menuntut di Mesir.

“belanja beli badak, rimau, beruk dan monyet jutaan ringgit, rakyat nak makan susah, nak mengaji (belajar) pun susah, bantuan zakat disekat dan pinjaman pelajar Mesir dihentikan,

“inilah contoh kerajaan yang ‘korup’ yang mesti ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang,”katanya.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

1 comments:

Hati Muda on April 27, 2012 at 12:51 AM said...

ada lagi niii. kalau macam ni punya cara .. memang banyak lagi benda tak logik yang depa ni buat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template