Saturday, April 14, 2012

Demonstrasi 500 siswa sedia berkhemah menunggu Najib !

Kira-kira 500 orang siswa turun untuk berarak di sekitar Dataran Merdeka untuk menuntut agar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dimansuhkan. Bermula dengan perhimpunan di Masjid Jamek dengan kira-kira 300 orang pada jam 2 petang, bilangan peserta bertambah kepada 500 orang pada jam 2.30 petang, berarak ke pusat beli belah Sogo.

Sebelum ini, kumpulan siswa merancang untuk berhimpun di Dataran Merdeka, tetapi lokasi tersebut telah disekat jalannya. Mereka mengangkat banner "Education is not for sale", melaungkan slogan "Tumbang BN", "Mansuh PTPTN", "Percuma Ilmu" dan sebagainya.
Pada jam kira-kira 3.50 petang, kumpulan siswa ini berjaya menembusi sekatan dan tiba di Dataran Merdeka. Pihak penganjur, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) meminta agar semua peserta duduk dan "occupy" Dataran Merdeka.

Bendahari SMM Adam Adli berkata, siswa kini bersedia menunggu di Dataran Merdeka, sehingga Perdana Menteri atau menteri kabinetnya turun mendengar tuntutan siswa mengenai "pendidikan percuma".

Selain itu, sesetengah siswa telah membawa enam khemah, menunjukkan kesediaan mereka untuk bermalam di situ.

Ini baru demontrasi, kita tido disitu sehingga tuntutan di tunaikan! lebih berkesan dari duduk duduk bantah lagi ! bawak kuali, bawak kawah kita masak di situ ! Tahrir ! Tahrir ! unjuk rasa begini yang kita mahu. Bemalam sampai 28 April !
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template