Friday, April 20, 2012

Beban...beban...Beban Negara


Rakyat mesti diutamakan, kapitalisme diceruk belakang...pegi lantak lah dengan cukong2 lapar...rakyat harus diutamakan...

Untuk mengatasi kesesakan teruk dijalan raya bukan melalui cara menghadkan umur kereta di atas jalan raya...

Tiada gaji minimum, barang naik, cukai GST, minyak naik, beban hutang PTPTN...jangan haraplah...rakyat tiada wang untuk beli kereta baru...rakyat tidak mahu seumur hidup diburu hutang...

Tingkatkan mutu pengangkutan awam! bila pengangkutan awam berkelas dunia, kereta pun kami tak hingin...maka lingkup lah...kah kah kah... tapi bai mustahil lingkup sebab mutu perkhidmatan awam yang dok sedia ada sekarang ini...rakyat miskin perlu juga berkereta...walaupun kereta dah berumur...kesesakkan tidak dapat dielakkan...


Undang-undang jangka hayat kenderaan perlu digubal
Meloya - Kerajaan disarankan menimbang untuk merangka undang-undang baharu had jangka hayat kenderaan memandangkan keadaan jalan raya yang semakin sesak dari tahun ke tahun.

Ketua Pegawai Operasi Naza Kia Malaysia, Datuk Syed Hafiz Syed Abu Bakar berkata, jualan keseluruhan industri (TIV) telah melebihi 600,000 buah setahun dan ia tidak seiring dengan pembangunan infrastruktur jalan raya sekarang.

"Sesuatu perlu dilakukan kerana kesesakan yang di alami pemandu sekarang semakin teruk dan ini boleh menjejaskan waktu perjalanan terutamanya di ibu kota.

"Penjualan kereta baharu penting untuk industri terus berkembang tetapi dalam masa yang sama keselesaan pemandu di jalan raya juga perlu diambil kira," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di majlis penyampaian hadiah pemenang cabutan bertuah Kempen Pinjaman Perumahan di sini hari ini.

SyedHafiz berkata, kebanyakan pemandu sekarang gemar bertukar kereta selepas lima atau enam tahun menggunakannya walaupun ada di antaranya masih belum habis dibayar.

"Sebanyak 37 peratus rakyat kini sudah memiliki kereta dan ini akan bertambah berikutan keadaan ekonomi yang baik. Penyelesaian kesesakan adalah merangka undang-undang tersebut," jelasnya.

Menurut laporan yang dikeluarkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA), sebanyak 158,432 buah kenderaan telah dijual pada suku pertama tahun ini dan mengekalkan TIV sebanyak 615,000 buah bagi keseluruhan tahun 2012.

Sementara itu mengulas mengenai prestasi Naza Kia, beliau berkata, sasaran untuk menjual 18,000 buah kenderaan tahun ini berbanding 13,000 buah tahun lalu tetap dikekalkan walaupun agak mencabar.

"Pada suku pertama tahun ini, sebanyak 4,000 buah kenderaan telah terjual, meningkat 25 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Kekukuhan jualan tersebut disebabkan pelancaran empat model baharu tahun lalu. Pertengahan tahun ini dua model segmen A dan B iaitu Rio dan Picanto baharu akan dilancarkan," jelasnya.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template