Monday, April 16, 2012

Amik! lapar kedarah sangat dengan khemah2 mahasiswa

Skim pinjaman KWSP bukan untuk cairkan aset DBKL, kata menteri


The Malaysian Insider - Menteri pembangunan bandar dan wilayah hari ini menolak dakwaan RM1.5 bilion dana skim pencen digunakan untuk mencairkan aset Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (gambar) sebelum ini mengumumkan dana yang dipinjam daripada Kumpulan Wang Simpanan Wang Pekerja (KWSP) akan digunakan untuk membiayai skim perumahan kos rendah DBKL.

Ini menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan tindakan itu, dan mempersoalkan mengapa dana KWSP digunakan sebagai sumber untuk membiayai projek berkenaan.

“Bukan itu matlamat kami (skim pinjaman) bukanlah untuk mencairkan aset DBKL.

“(Skim) ini hanyalah untuk membantu pembeli yang tidak berkemampuan mendapatkan pinjaman bank,” kata menteri itu kepada pemberita.

“Ia hanyalah berkenaan kemudahan pinjaman. Mereka ini tidak mendapat pinjaman ... sekiranya mereka dapat pinjaman lain, mereka boleh teruskan,” katanya selepas merasmikan majlis di sini.

Ketika ucapannya, Raja Nong Chik menuduh pembangkang menyerang dan mensabotaj usaha kerajaan untuk membantu rakyat tanpa bukti dan asas yang kukuh.

“Hanya apabila pilihan raya semakin hampir, mereka mula bercakap tentang kebajikan rakyat.

“Semua janji mereka buat, tapi kami di Barisan Nasional (BN) bukan berjanji. Kami melaksanakan,” katanya.

KWSP memberikan fasa pertama RM300 juta untuk sistem khas (SPV) dan membiayai lebih kurang 24,000 flat kos rendah di ibu negara.

Menteri itu bulan lalu berkata DBKL telah memutuskan untuk memberikan pinjaman kepada 35,000 penduduk bandar yang masih lagi menyewa dan tidak mampu meminjam daripada bank kerana mereka “memerlukan dana bagi projek akan datang”.

Raja Nong Chik sebelum itu di Parlimen berkata dengan kadar 6.5 peratus, pinjaman sebanyak RM36,100 selama 25 tahun akan menyaksikan bayaran bulanan sebanyak RM243, atau 50 peratus lebih dari kadar 2.5 peratus.

“Sekiranya kami turunkan kepada 2.5 peratus, ia akan menjadi RM161. Hanya berbeza RM82. Ini hanya permainan politik pembangkang,” jelas senator itu, dan RM36,100 hanya untuk rumah kos rendah paling mahal dan terbaru akan dijual lebih murah.

Perkara itu membangkitkan perasaan tidak senang dalam kalangan pemimpin pembangkang, dan menuduh Umno “tidak sensitif” terhadap kenaikan kos sara hidup penduduk miskin di bandar.

Raja Nong Chik mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan Januari lalu skim pinjaman yang membolehkan penyewa DBKL membeli rumah menggunakan RM1.5 bilion dana dari KWSP, yang mana menjaga 5.7 juta akaun.

The Malaysian Insider bulan lalu melaporkan pelan berjumlah RM300 juta daripada KWSP untuk pembeli yang tidak layak di bandar menemui jalan buntu apabila badan terbesar mengurus pencen persaraan rakyat itu meletakkan syarat keselamatan.
Mahasiswa anak muda berkhemah berjuang menuntut pendidikan percuma untuk anak anda. Bukan duduk  selesa di hotel, banglo, atau di rumah kos rendah, berpanas dalam khemah
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template