Tuesday, April 17, 2012

Ahmad Said Mentadbir Negeri ‘Tiada’ Keutamaan

PAS Janji Lupus Hutang Rumah Warga Ketengah Sekiranya Menang Terengganu dan Putrajaya

DUNGUN – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak mempunyai perancangan rapi dan keutama-keutamaan dalam mentadbir negeri ini selepas mengambil alih pemerintahan dari PAS sejak tahun 2004.
Setiausaha Agong PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata, samada ada Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh atau pun penggantinya Dato’ Seri Ahmad Said gagal memanfaatkan Dana Khas yang berjumlah bilionan ringgit setahun.

“Patutnya dalam perancangan kerajaan negeri ini kita ada keutamaan, (tetapi) tidak ada, (walaupun) kita banyak duit sekali pun, (dan) nak buat pembangunan sekali gus, tak ada (tak boleh),

“dia (pengurusan) mesti ada (keutamaan) buat yang ni dulu, buat hak ni nombor dua, yang nombor tiga, yang ni nombor empat, (tetapi) tidak ada,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam ceramah sempena lawatan Ketua Pembangkang Dato’ Seri Awar Ibrahim ke negeri Terengganu, di sini pada Ahad 15 April.

Menurutnya, kerajaan Ahmad Said sepatutnya memberi keutamaan membantu rakyat lebih utama daripada membangunkan zoo di Kijal.

Beliau berkata di kawasan Dungun, sepatutnya kerajaan memberikan keutamaan kepada kawasan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

“Ketengah patut dia beri tumpuan kerana menurut kajian WARIS terdapat beribu orang dalam Ketengah yang pendapatannya kurang daripada RM3000 sebulan,

“mereka terpaksa membayar sewa (hutang) rumah, bukan banyak pun hutang lebih kurang RM4000 setiap orang,”ujarnya.

Menurutnya, kerajaan negeri hanya perlu mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM 10 hingga RM15 juta untuk menyelesaikan hutang rumah warga Ketengah.

Beliau mempersoalkan mengapa kerajaan negeri tidak menyelsaikan jumlah itu sedangkan kerajaan membelanjakan RM30 juta untuk membeli haiwan bagi membangunkan zoo Bukit Takal.

“Pasal apa dia tak buat, ini (melibatkan) ribuan orang, (hanya) RM10 hingga RM15 juta selesaikan (masalah penduduk Ketengah) tak payah bayar,

“tapi (Mad Said) pergi beli beruk, beli kuda, beli gajah, beli harimau (bernilai) RM30 juta, gajah lebih mahal daripada nak jaga orang (Ketengah),”tegasnya.

Justeru, beliau berkata, sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat dapat memerintah negeri Terengganu dan kerajaan Pusat, masalah hutang akan diselaikan dan warga Ketengah tidak perlu lagi membayar hutang tersebut.

“Dan dengar ini janji kepada orang (warga) Ketengah, kalau kita perintah kerajaan pusat, kita akan selesaikan (hutang) dan mereka tidak perlu bayar,

“duduk dalam rumah (di Ketengah) tak perlu bayar (hutang),”tambahnya.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template