Friday, March 2, 2012

Ucapan tahniah bukti pendirian Tun M 'pro-Israel' - Mahfuz Omar

Ucapan tahniah bukti pendirian Tun M 'pro-Israel'
Sinar Harian - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan ucapan tahniah yang ditujukan atas pelantikan Ehud Barak sebagai Perdana Menteri Israel bukti pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad selama ini.

Beliau menyifatkan ucapan tahniah itu sama seperti memberi pengiktirafan kepada Israel.

“Terima kasihlah kepada Tun Mahathir yang memberitahu satu Malaysia yang beliau mengiktiraf Israel.

“Mengiktiraf kemenangan pemimpin itu bermakna beliau mengiktiraf pembentukan negara Israel,” katanya kepada pada sidang media di Ibu Pejabat Pas,

Menurut Mahfuz beliau percaya dasar dan polisi dengan Israel yang dibawa pada zaman Dr Mahathir itu masih diteruskan hingga ke hari ini.

Rabu lalu kerajaan telah mendedahkan tiga surat Dr Mahathir kepada tiga Perdana Menteri Israel yang jelas menunjukkan ketegasan Malaysia terhadap kekejaman Israel.

Bagaimanapun, kandungan surat yang tertulis ucapan tahniah di atas kemenangan pemimpin Israel itu dalam perenggan pertama itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, tiga surat itu adalah bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa Kerajaan Malaysia tidak konsisten dalam pendirian dan dasar mengenai Palestin.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, beliau berkata, ia adalah surat Dr Mahathir kepada Yitzhak Rabin bertarikh 21 Disember 1993, kepada Benyamin Netanyahu bertarikh 14 Mac 1997 dan Barak bertarikh 8 Jun 1999.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template