Sunday, March 4, 2012

Loji nuklear tertua di dunia akan ditutup

Headline
Penjana elektrik tenaga nuklear tertua dunia yang telah beroperasi selama 44 tahun dan berada di United Kingdom, akan segera ditutup.

Memerlukan masa 90 tahun lagi untuk sepenuhnya membersihkan loji tersebut Oldbury di Thornbury, Gloucester Selatan, Britain. Loji ini pertama kali beroperasi dan menghasilkan elektrik pada 1967.

Untuk sepenuhnya menutup tempat ini, dijangka akan menelan kos hingga 954 juta dan tahap akhir diperkirakan selesai pada 2092-2102. Tempat ini pernah mempunyai dua reaktor dan menghasilkan elektrik 435 megawatt setiap hari.

Reaktor Dua ditutup tahun lalu dan Reaktor Satu saat ini sedang menghabiskan bahan bakarnya yang sudah tidak dihasilkan lagi. Magnox sebagai operator loji berharap Reaktor Satu boleh beroperasi hingga akhir 2012.

Namun kerana halangan dana, Reaktor Satu akan ditutup. Sementara itu, loji baru yang kapasitinya enam kali ganda Oldbury, akan segera dibuka tak jauh dari tempat itu pada 2025 mendatang.

Pengarah Lokasi Oldbury, Phil Sprague menyatakan, para kakitangan menjadi emosional saat mereka menutup loji tersebut. Staf Ruang Kawalan bahkan meminta agar mereka tidak perlu menekan butang untuk mematikan.

"Mereka tidak mahu menjadi orang yang menekannya. Beberapa pekerja kelihatan emosional, mereka sudah bekerja di sini selama 40 tahun, "kata Sprague, dilansir Daily Mail. Setelah ditutup, akan ada tempoh pendinginan sekitar dua tahun. Diterjemah dari iniah.com

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template