Sunday, March 4, 2012

Formula misi damai Pas diumum esok, kata SU Agung

Datuk Ir Amiruddin Hamzah mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah, semalam.
Sinar Harian - Formula penyelesaian isu kepimpinan Pas Kedah antara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan dua anggota exconya akan diumumkan pada sidang media PAS pusat esok, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata mesyuarat jawatankuasa PAS pusat di Alor Setar malam tadi membincangkan formula itu, selepas Azizan mengadakan perbincangan dengan kedua-dua exco itu, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh.

"Saya tak boleh ulas formula itu. Tunggulah esok. Satu sidang media akan diadakan jam 11 pagi dengan dihadiri empat pemimpin parti, termasuk saya, Datuk Salahuddin (Ayub), Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan mungkin presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau berkata, kepimpinan Pas pusat telah mengadakan perbincangan dengan ketiga-tiga mereka selama dua jam, diikuti dengan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Pas selama tiga jam bagi membincangkan jalan penyelesaian.

"Kami hanya habis berbincang sehingga 3.30 pagi tadi. Oleh sebab itu, tak dapat nak buat pemgumuman hari ini. Hanya akan diadakan esok (Isnin)," tambahnya.

Sumber-sumber memberitahu formula penyelesaian itu membabitkan Phahrolrazi dan Dr Ismail untuk terus dilantik semula dan memegang jawatan Exco sehingga pilihan raya umum akan datang walaupun kedudukan mereka sebagai Exco berakhir 7 Mac ini.

Selain itu, Azizan pula akan kekal sebagai Menteri Besar sehingga pilihan raya umum akan datang.

Formula itu dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Pusat Pas yang bermesyuarat tengah malam tadi dengan ketiga-tiga mereka dikehendaki mematuhinya.

Kemelut kepimpinan Pas Kedah tercetus apabila Phahrolrazi dan Dr Ismail meminta untuk tidak dilantik semula kerana dikatakan tidak selari dengan Azizan sehingga memaksa campur tangan kepimpinan pusat.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template