Sunday, March 25, 2012

Empat YB Kawasan Parlimen Besut ‘Baham Tanah’ Di Dendong dan Seorang di Batu Rakit

Buletin Online – Sebagaimana yang dijanjikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, seperti yang dicabar oleh Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said, hari ini Sabtu 24 Mac, Haji Wahid mendedahkan nama-nama YB Umno yang ‘baham tanah’.
Empat dari mereka adalah dari kawasan Parlimen Besut yang terdiri daripada Ahli Parlimen Besut sendiri, Abdullah Md. Zain, ADUN Jerteh Dato’ Seri Idris Jusoh,  ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad dan ADUN Kota Putera Muhamad Pehimi Yusof.

Keempat-empat mereka dianugerahkan tanah seluas satu hektar (lebih kurang 2.5 ekar) setiap satu berhampiran pantai Dendong, mukim Tembila, Besut.

Perbandingan antara tanah yang mereka dapat berbanding dengan apa yang rakyat data dapat dilihat dengan jelas dalam pelan yang dilampirkan.

Lot-lot PT 6902, PT 6903, PT 6904 dan PT 6964 adalah diberikan keajaan Umno Terengganu setiap satu kepada Idris Jusoh, Pehimi Yusof, Nawi Mohamad dan Abdullah Md Zain.

Yang dapat dilihat dengan jelas dibelakang lot-lot terbabit terdapat pembahagian lot-lot kecil, itulah lot-lot yang diberikan kepada rakyat.

Seorang lagi penerima anugerah tanah dari kerajaan Umno adalah ADUN Batu Rakit Khazan Che Mat yang mendapat 0.9965 hektar di Mengabang Bakong, Batu Rakit Kuala terengganu





KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

2 comments:

Abang Sayang on March 25, 2012 at 9:28 PM said...

Skandal NFC - Bukti Jelas Bahawa Wanita2 UMNO Bukan Ibu2 Yang 'berguna' kepada generasi baru..
1~http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=33143
2~http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65624


Transformasi Palsu - Generasi Muda Terengganu Generasi Terbodoh Sepanjang Zaman( Sumpah Aku Takkan Undi BN Walaupun Aku Ahli UMNO )
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155



Mahasiswa2 Malaysia Bodoh2 Dan Tolol2 ( Kejam Dan Teraniaya ).. Bodohnya Aku Kalau Aku Terus Berjuang Untuk UMNO
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=31913&postdays=0&postorder=asc&start=0
2 ~ http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65445
3 ~ http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=639811
4 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22139#486542
5 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28011.html
6 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3151
7 ~ http://www.ehoza.com/v4/forum/forumdisplay.php?270-Isu-Semasa-2011&s=63a289413c17d2b7384748ad617318aa

Anonymous said...

aku rakyat trg yang papakedana ni bukan main susah lagi nak buat permohonan tanah. Puak dia yang kaya raya senang2 jer dapat tanah... natang sungguh.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template