Monday, March 12, 2012

Deris Jusoh Pun Buat U-Turn Selepas Beberapa Hari Geng 10 Budak Hitam Bertemu

Pada 23 Februari lalu, kira-kira jam 9 malam, di sebuah hotel dalam bandaraya Kuala Terengganu, dilaporkan, beberapa orang dari kalangan ‘Geng 10 Budak Hitam’ (G10BH) telah mengadakan pertemuan setelah sekian lama nama kumpulan G10BH tidak disebut-sebut dala media, khususnya media baru.

Namun sejarah yang terukir melibatkan G10BH sejurus selepas pilihanraya ke-12 tahun 2008, tidak mungkin dipadamkan dan masih segar dalam ingatan, khususnya bagi peminat politik negeri Terengganu.

Siapakah G10BH

Siapakah mereka dan mengapakah mereka cukup terkenal?

G10BH adalah sepuluh orang Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN yang menentang perlantikan ADUN Kijal, Dato’ Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terenggan

Mereka terdiri daripada ADUN Ajil yang dianggap sebagai ketua G10BH, Kuala Berang, Alor Limbat, Paka, Permaisuri, Bukit Besi, Air Putih, Tepuh, Jabi dan Kota Putera.

Pada 23 Mac, 2008, sewaktu Ahmad Said menerima watikah perlantikan sebagai Menetri Besar, ADUN Ajil Rosok Wahid telah mengadakan sidang media di kediaman Menteri Besar.

Sewaktu Ahmad mengadap Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman di Istana Tamu(Al-Muktafi BiLlah Shah) ADUN Ajil, Rosol Wahid telah melakukan ‘onar’ .

Selain boikot, menurut Rosol yang bercakap kepada pihak media juga merancang mengusulkan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membantah perlantikan Ahmad.

Beliau juga memberitahu, bahawa wakil-wakil rakyat G10BH juga sedia meletakkan jawatan jika diperlukan berbuat demikian.

Penyokong Tegar Idris

Pemerhati politik berpendapat, mereka berbuat demikian kerana mereka adalah ‘penyokong tegar bekas Menetri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh (Deris).

Sebahagian dari mereka yang sebenarnya, menurut Rosol mencapai angka 23 orang, adalah dibawa dan dicalonkan oleh Idris untuk bertanding dalam PRU ke-11 tahun 2004 dan PRU ke-12 tahun 2008.

Setelah Barisan Nasioal menang pada tahun 2008, tiba-tiba Deris yang menerajui Umno Terengganu ketika itu tidak diperkenankan oleh istana Terengganu untuk menjawat jawatan kembali sebagai Menteri Besar.

Oleh itu, keranamahu membalas budi Deris, mereka bangkit dan melawan keputusan istana yang melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar

G10BH juga dikaitkan dengan dikaitkan dengan sepanduk menghina ‘Kami Nak Deris Natang’ yang diangkat di perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar.

SMS Ugut Bunuh

Setelah tamat sketsa lakonan episod perlantikan Menteri Besar, G10BH muncul beraksi semula degan episode ‘SMS Ugut Bunuh’ setahun kemudiannya.

Pada 14 April 2009, mereka telah memboikot dan tidak hadir dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu yang diadakan pada ketika itu.

‘Drama’ pada kali ini adalah adalah gara-gara Bekas Setiausaha Politik Idris Jusoh Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir yang telah menghantar satu ugutan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

“Baik jangan teruskan niat YB. YB tak sayang nyawa?”adalah kata-kata tertera dalam SMS yang ditujukan kepada ADUN Paka dan Permaisuri.
Kononnya, SMS tersebut dihantar oleh seorang penjawat Awam, Setiausaha Sulit Kanan Ahmad Said, Wan Ahamad wan Muda.

Akhirnya, setelah disiasat dan dibicarakan, Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Isnin 28 November 2011, telah memutuskan hukuman penjara selama 12 bulan kepada Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template