Thursday, March 15, 2012

Anggota bomba hilang selepas terjun ke laut

Sinar Harian - Seorang anggota bomba dari Unit Selam Bomba dan Penyelamat Northport (Malaysia) Berhad (Northport) dikhuatiri lemas selepas terjun ke laut untuk memeriksa kontena yang terjatuh ke dalam laut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong, berkata kejadian berlaku ketika mangsa dikenali sebagai Mohd Tajul Arifin, 30, turun ke dasar laut untuk menjalankan operasi mencari kontena yang tenggelam di Dermaga 14, Northport.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa bersama seorang lagi rakan, Mohd Norazam, 29, turut terjun ke laut.\

Katanya, ketika diarahkan timbul selepas setengah jam kemudian, hanya Mohd Norazam yang timbul manakala mangsa gagal berbuat demikian.


“Berikutan itu, gerakan mencari dan menyelamat mangsa dilancarkan tetapi terpaksa dihentikan pada jam 6 petang ini (semalam) berikutan keadaan cuaca dan laut tidak mengizinkan.

“Operasi mencari mangsa akan disambung semula pada jam 7 pagi esok (hari ini),” katanya.

Bagaimanapun, pihak bomba ketika dihubungi tidak dapat memberikan sebarang maklumat lanjut mengenai kejadian itu.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

1 comments:

New Hope on March 16, 2012 at 3:22 PM said...

salam,

tabahkan hati..

KLIK:PHISON TUBUHKAN PUSAT KEJURUTERAAN DI PENANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template