Friday, February 3, 2012

Zaid Ibrahim: Penubuhan KITA adalah satu kesilapan

Merdeka Review - Sebuah Mesyuarat Agung Luar Biasa akan diadakan tidak lama lagi untuk membubarkan KITA. Keputusan ini perlu dibuat untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa kami tidak memihak kepada pembangkang, terutama dengan beberapa anggota-anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka yang mengkritik Pakatan Rakyat. Mereka telah melakukan perbuatan ini secara berterusan. Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan semata-mata mahu memalukan dan mencemuh pihak pembangkang.

Idea saya untuk menubuhkan sebuah parti politik yang menyokong idea-idea yang sederhana dan progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban kepada wacana politik telah gagal. Saya tidak berjaya membawa masuk anggota-anggota yang cukup berminat dalam cita-cita bagi mencapai demokrasi, tadbir urus yang baik dan akauntabiliti di kalangan pegawai-pegawai awam. Saya juga tidak dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk menguruskan aktiviti-aktiviti parti, dan teman-teman yang telah berjanji untuk membantu telah akhirnya memutuskan untuk menarik balik.

Kecenderungan media yang mendalam dalam melaporkan isu-isu remeh yang memberi kesan kepada parti akan terus memberi kesukaran kepada kami. Cukup ramai orang di luar sana yang hanya berminat dalam mengkritik kepimpinan saya di dalam KITA, dan yang menggemburkan cerita-cerita dengan tujuan untuk mencemuh saya.

Peribahasa Melayu ada menyebut, "jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ka pangkal jalan". Saya sedar sekarang bahawa penubuhan KITA adalah satu kesilapan. Saya berhasrat untuk memberi idea-idea alternatif dalam politik dan membawa kepelbagaian bakat yang lebih luas kepada kepimpinan pembangkang. Ini belum pernah berlaku sebelum ini. Saya telah membuat banyak kesilapan dalam hidup saya tetapi saya tidak tawar hati. Saya tetap yakin bahawa perubahan akan datang untuk kebaikan negara ini dan saya akan terus menjalankan tanggungjawab saya di dalam mencapai tujuan itu. Saya tidak akan menarik balik kenyataan saya sebelum ini yang mempercayai bahawa kenikmatan dalam memberi perkhidmatan kepada awam, dan kita boleh menjalankan perkhidmatan ini dengan kehormatan dan maruah.

Kepada anggota-anggota parti yang setia yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini, saya memohon ampun. Saya menghargai sokongan mereka dan saya berharap mereka akan menerima keputusan ini, kerana ia adalah untuk kebaikan yang lebih besar kepada pihak pembangkang. Kemandirian demokrasi bergantung kepada daya maju pembangkang itu sendiri. Sekiranya ia dimusnahkan, seperti yang ingin diperlakukan oleh Barisan Nasional - maka tidak akan ada demokrasi, tiada kebebasan dan tiada dasar-dasar yang bersifat sederhana lagi.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template