Friday, February 10, 2012

Tiga hari untuk Ahmad Said

PAS minta Ahmad Said tarik balik tuduhan 'PAS Parti Ajaran Sesat' Dalam Masa Tiga Hari
Buletin Online - PAS memberi tempoh tiga hari kepada Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said supaya menarik balik kenyataan dan tuduhannya, bahawa PAS adalah merupakan "parti ajaran sesat".

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Ustaz Abu Bakar Chik berkata jika dalam tempoh berkenaan Ahmad tidak menarik balik kenyataan yang dilaporkan oleh sebuah akhbar arus perdana itu, maka tindakan akan diambil terhadap beliau.

“sebagai salah seorang ahli PAS dan pimpinan PAS pada malam ini saya nak respons kepada kenyataan Dato’ Ahmad Said yang sangat menghina PAS, saya nak sebut pada malam ini saya nak minta dia tarik balik (kenyataannya) dalam masa tiga hari ini,

“dan InsyaAllah saya akan berunding, dengan Tuan Haji wahid dan pimpinan, dan lusa ada mesyuarat (PAS) Pusat, saya akan berunding dengan pihak pusat, apa yang sepatutnya, selepas daripada tiga hari sekiranya, dia tidak tarik balik dalam masa tiga hari,”tegasnya kepada pemberita di sini hari ini pada majlis Mesra Media bersama Pesuruhjaya dan Pemimpin Pas negeri Terengganu

Menurutnya, tuduhan yang dibuat oleh Ahmad Said adalah amat berat selaku pemimpin kerajaan dan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, dan tidak ada tuduhan yang lebih berat daripada itu.

Ahmad Said dilaporkan ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada Rabu lepas berkata, perjuangan PAS kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan PAS sebagai "parti ajaran sesat".

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

1 comments:

Anonymous said...

Minta PAS tolong check habis-habisan punca tuduhan berat seperti ini. Ini soal iman & akidah..Mengikut kajian beberapa/kebanyakan blog,didapati Pas makin lama makin berubah.. makin hari makin lain..Keliru lah kami rakyat yang tak berapa sangat ilmu agama..Sayang sangat kat PAS..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template