Friday, February 17, 2012

Takut bungkus dalam PRU 13

Pelbagai Kenyataan Pemimpin Umno Kerana Takut Rakyat Merubah Mereka Dalam PRU-13

Buletin Online - Umno sudah tidak ada modal dan ucapan pemimpinnya tidak ada asas apabila mereka mengatakan, adalah ‘haram’ sekiranya rakyat menentang dan tidak mengundi kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Timbalan Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah, PAS seringkali mengajak Umno bermuzakarah bagi mencari kebenaran, namun ia ditolak oleh Umno, kerana parti itu sedar bahwa mereka tidak berjuang diatas landasan Islam.

“Ini (ucapan) bagi orang yang (sudah) tidak ada modal, kita ajak bermuzakarah, mereka (Umno) tak mahu mahu, kerana mereka tahu bahawa perjuangan mereka adalah yang tidak berdasarkan kepada aqidah (Islam),

“(dan) tidak mengikut sunnah RasuluLlah SAW,”ujarnya ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang khalayak pada Forum Perdana Maulidur Rasul yang diadakan di Padang Bola Batu Enam, dekat sini, semalam 16 Februari.

Menurutnya, banyak kajian yang dibuat oleh para cerdik pandai Islam mendapati bahawa, dasar perjuangan Umno tidak meletakkan Islam sebagai asas perjuangan.

Antaranya, kata beliau, bekas Mufti negeri Sabah, Tuan Haji Said Ibrahim pernah membuat satu kajian yang bertajuk “Adakah Ahli Umno adalah Kafir” berdasarkan ayat-ayat 44, 45 dan 47 dalam surah al-Maidah.
“saya dapat kertas kerja (kajian) yang ditulis oleh Haji Said Ibrahim, sebagai pakar rujuk, (menyatakan) dasar yang dikemukakan oleh Umno itu tak boleh diterima oleh Islam,

“(antara) kesimpulan kertas itu menyatakan bahawa (ada) ahli Umno di kalangan bumiputera Sabah bukan orang Islam, yang menolak hukum Allah SWT,”jelasnya ketika menyatakan mengapa sebab muzakarah diantara PAS dan Umno tidak jadi diadakan.

Namun begitu, beliau yang juga Anggota Jawatankuasa Dewan Ulama’ PAS Pusat berkata PAS masih membuka pintu muzakarah kepada Umno untuk mencari yang mana ‘benar dan salah’ bukan ‘menang dan kalah’.

Justeru katanya, pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Umno mutakhir ini adalah kerana mereka sedar ramai umat islam yang bangkit mahu membuat satu perubahan dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Turut menjadi panelis dalam Forum yang di ‘moderator’ kan oleh Ketua Penerangan PAS Kuala Nerus, Ustaz Ismail Dagang ialah Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Ustaz Nik Zawawi Salleh dan Penceraah Bebas Ustaz Azhar Idrus
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template