Thursday, February 9, 2012

Ratusan anggota polis NY yang terselamat dari tragedi 11 September kini mati perlahan-lahan


Serangan terhadap bangunan World Trade Center pada 11 September 2001 lalu telah membunuh lebih kurang 23 anggota polis New York (NYPD) yang berada di lokasi serangan.

Satu dekad selepas serangan itu, kini jumlah polis yang meninggal dunia kerana kanser jumlahnya dua kali ganda daripada jumlah polis yang tewas ketika 911. Para anggota mengatakan sangat terkejut dengan fenomena ini.

Seperti dilaporkan Agensi Berita Rusia RT.com, sebelum serangan 9/11, rata-rata enam polis NYPD diserang kanser setiap tahun.

Semasa serangan 9/11, kira-kira 12,000 lelaki dan wanita dipindahkan dari lokasi serangan. Dan satu dekad selepas itu, jumlah serangan kanser setahun telah meningkat hampir tiga kali ganda.

Ketika ini ada kira-kira 16 pegawai polis di New York, yang setiap tahun meminta insurans berkaitan penyakit kanser. Dan menurut statistik yang didapati, hal ini bukanlah sesuatu yang kebetulan.

Secara keseluruhan, terdapat 297 polis yang saat itu datang ke lokasi serangan 11 September, dan mereka mulai menghidap kanser sejak akhir 2001. Bahkan 56 dari mereka telah meninggal akibat penyakit itu, sementara usia rata-rata mereka baru 44 tahun. Sementara hanya 23 polisi yang benar-benar terbunuh pada saat serangan 11 September terjadi.

Dari hampir 300 kes kanser yang dilaporkan menjangkiti anggota polis yang selamat dari serangan 9/11, kanser paru adalah yang paling banyak menyerang mereka. Sementara bakinya menderita beberapa kelainan jenis penyakit, termasuk kanser saluran hempedu, lidah dan rongga hidung.

Penyebab dari kanser ini adalah, debu dan serpihan akibat letupan yang memenuhi paru-paru merekaketika cuba melindungi TKP serangan 11 September di New York.

Meskipun ratusan polis sudah membuat tuntutan dijangkiti kanser, namun para pegawai di New York sebahagian besar tidak peduli terhadap urusan ini.

Serangan 11 September 2001, memang sudah berlalu sedekad lalu. Beribu-ribu orang terbunuh ketika itu. Dan kini, ternyata serangan itu masih tetap membunuh, secara perlahan-lahan. Diterjemah dari globalmuslim

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template