Thursday, February 9, 2012

Perang belum bermula tetapi pangkalan tentera Israel telah diserang ribuan tikus

Lupakan dahulu tentang Syiah Iran dan Hizbullah serta serangan ke atas Gaza. Untuk saat ini, komando IDF (tentera Israel) sedang mengalami masalah yang jauh lebih teruk iaitu pangkalan mereka di wilayah selatan penuh dengan tikus.

Pangkalan Bersyeba, yang merupakan rumah sebahagian besar tentera perempuan IDF, telah menghadapi serangan tikus selama lima bulan terkini, surat khabar Yedioth Ahronoth melaporkan Rabu kemarin (8/2).

"Ini mengerikan. Mereka berkerumun di pejabat, bilik tidur, ruang makan dan sistem pembuangan sisa," kata seorang tentera di pangkalan tersebut. Para tentera telah mengeluh kepada berbagai saluran baik tentera mahupun awam, namun perang dengan tikus yang merangkumi usaha pemusnahan dan perangkap masih gagal mengatasi masalah ini.

"Usaha yang dilakukan tidak berjaya dan tikus-tikus berkeliaran dengan bebas di sekitar kami. Kami sangat takut bahawa kami tidak dapat tidur di malam hari," kata seorang tentera.

Pejabat Jurucakap IDF sendiri mengatakan bahawa masalah ini sedang ditangani oleh pihak berkuasa.

"Pada masa ini semakin sedikit tikus di luar sana, dan lebih banyak tindakan akan diambil untuk menghilangkan fenomena tersebut," kata jurucakap IDF


>>>Tidak perlu senjata canggih, Allah maha berkuasa untuk membantu pejuang Islam memusnahkan musuh Islam. Takbir!
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template