Monday, February 6, 2012

Orang Cina Bandar Kuala Terengganu bersama PAS


Orang Cina Bandar Kuala Terengganu Sudah Berubah
Buletin Online - Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina 2012 Bersama Presiden PAS yang dianjurkan Lujnah Perpaduan Nasional mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat Tionghua Kuala Terengganu

Pengerusi Lajnah, Haji Hanafiah Mat berkata sambutan masyarakat Tionghua khususnya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar bukti orang Cina sudah berubah.

Sebelum ini, katanya masyarakat Tionghua di Dun Bandar Kuala Terengganu 'takut' untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat kerana mungkin faktor ugutan.
Menurutnya, eleman negatif itu kini bukan lagi alasan untuk masyarakat Tionghua di Kuala Terengganu membuat perubahan sama seperti di negeri-negeri pantai barat.

“Saya rasa sungguh gembira melihat sambutan orang Cina (Tionghua) pada malam ini yang datang menyertai majlis makan malam ini.

“Mereka (Cina) semua mahukan perubahan dan tidak seperti sebelum ini kerana ‘takut’ diugut dengan pelbagai isu bantuan, hudud dan lain-lain.

“Walau pun, hari ini juga Najib (Perdana Menteri) ada datang ke Terengganu dan ada juga majlis makan malam anjuran Persatuan Cina secara percuma tetapi mereka tetap datang ke program kita ini,” jelasnya kepada Harakah.

Katanya, reaksi masyarakat Tionghua di negeri ini mahukan perubahan jelas tergambar dengan sokongan mereka dalam beberapa program PAS sempena tahun baru ini.

Kira-kira 300 orang masyarakat Tionghua hadir meraikan majlis anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) bersama Tuan Guru Presiden PAS.

Tetamu khas majlis makan malam tersebut, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Exco Kerajaan PAS Kelantan, Dato. Anuar Tan Abdullah, Adun Sekinchang, Encik Ng Suee Lim dan Adun Simpang Pulai, Encik Chang Ming Kai.

Antara pimpinan yang hadir Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Adun Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar, Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, Pengarah Lajnah Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

1 comments:

Anonymous said...

ada gmbar yg tunjuk orang ramai tak?nanti ada yang persoal macam tak ramai pun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template