Tuesday, February 28, 2012

Kami hampir dipukul samseng Umno: Nurul dan Nik Nazmi

Kami hampir dipukul samseng Umno: Nurul dan Nik Nazmi
Malaysia chronicle - Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan pengarah komunikasi Nik Nazmi Nik Ahmad telah membuat laporan polis berhubung kejadian di penempatan Felda di Gambang, di mana mereka hampir dipukul oleh samseng Umno yang sering membuat kacau kerana cuba menghalang mereka daripada memberikan ceramah politik.

Kawasan Felda adalah kubu tradisi UMNO pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mereka agak khuatir jika pemimpin pembangkang muda seperti Nurul dan Nik Nazmi mendapat sokongan kesan daripada perhimpunan dan ceramah mereka.

Najib khususnya kelihatan sensitif sejak berita penyenaraian saham Felda dan penganalisis memberi amaran ini boleh mengakibatkan peneroka kehilangan tanah mereka pada pihak yang berkepentingan jika ia disenaraikan.

Menceritakan semula kejadian yang berlaku pada hari Ahad di Felda Lepar Hilir 1, Nurul memberitahu bagaimana seorang lelaki berbaju merah telah menghampiri beliau di kedai kopi di mana ceramah telah diadakan. Dia kemudian cuba menyerang Nurul

"Jaraknya sangat dekat, tak boleh nak cakap, ia sangat menakutkan. Jika penyokong kami tidak tarik dia, maka Anwar Ibrahim (ketua pembangkang) bukanlah seorang sahaja yang kena mata lebam, "katanya pada sidang akhbar bersama yang diadakan dengan Nik Nazmi pada hari Isnin.

Polis Gambang telah mengenal pasti penyerang sebagai Asrullah Affendi Abdullah. Walau bagaimanapun, mereka tidak memberi apa-apa maklumat lanjut mahupun menyiarkan video kejadian. Nurul mengesahkan dia melihat seorang pegawai berpakaian biasa yang merakam kejadian itu.

Samseng

Memanggil penyerang itu sebagai "samseng", Nik Nazmi menganggarkan terdapat kira-kira 100 orang di ceramah PKR yang bermula selepas 9:30. Untuk mengganggu duo PKR ini, kira-kira 30 orang yang memegang tampuk Umno dan bendera BN ditempatkan di kedai kopi pintu depan, di mana mereka bermain muzik dengan kuat supaya menengelamkan ceramah.

Keadaan semakin bahaya dan Nurul berserta Nik Nazmi terpaksa meninggalkan tempat itu ditemani polis pengiring.

"Mereka menjerit menyuruh Nik Nazmi balik ke Selangor, saya pula balik ke Lembah Pantai dan memanggil Anwar peliwat, ia sangat memalukan. Apabila kita hendak pergi, kumpulan itu cuba untuk menghalang kami, kira-kira empat atau lima polis bantuan Felda terpaksa dipanggil untuk mengiringi kami, "kata Nurul.

"Apabila polis sedang berunding dengan kami, kumpulan itu menjerit: Kenapa cakap dengan pembangkang, kenapa sokong pembangkang. Kami tidak berminat nak tengok drama, kita cuma mahu buat kerja kita. "

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template