Saturday, February 18, 2012

Di sebuah negeri kerajaan BN, ada rakyat tinggal dalam kandang kambing !

Tinggal di kandang kambing
Tinggal di kandang kambing

Sinar Harian - Seorang warga emas terpaksa menetap di kandang kambing selepas rumahnya dihempap pokok tiga bulan lalu di Kampung Jumbang Ulu, Tanjung Ipoh.

Omar Osman, 61, yang tinggal di kawasan pedalaman terpaksa tidur di tapak kandang kambing terbabit kerana tidak mampu membaik pulih rumahnya yang dihempap pokok.

Menurutnya, dia sudah pun membuat permohonan kepada pihak berkaitan, namun masih belum ada jawapan.

“Isteri dan anak-anak saya tinggal di Seremban, hanya pulang ke kampung setiap hujung minggu.

“Saya memang sentiasa ada di sini kerana suka keindahan kampung lebih-lebih lagi rumah saya berhampiran air terjun Jumbang Ulu yang boleh dikomersialkan,” katanya yang bekerja kampung.

Omar berkata, keadaan rumah yang dibina di atas bukit itu memerlukan kos tinggi berikutan tiada jalan asas menuju ke rumahnya.

“Kemudahan jalan asas sememangnya tiada. Dahulu saya terpaksa meredah air terjun untuk sampai ke rumah dan perlu memikul sendiri kayu-kayu.

“Kini saya sendiri membina jalan asas tetapi tidak sempurna. Walau bagaimanapun saya masih perlu berjalan sejauh 200 meter untuk sampai ke tapak rumah,” katanya.

Katanya, dia amat berharap agar pihak berkaitan dapat membantunya.

“Infrastruktur luar bandar perlu dititikberatkan kerana ramai yang hendak pulang ke kampung tetapi disebabkan kekurangan kemudahan, ia terbantut begitu sahaja.

“Atas aduan ini saya berharap pihak berkaitan dapat turun padang melihat sendiri kesusahan penduduk kampung,” katanya.

Malah katanya, dasar kerajaan yang dibuat memang betul tetapi pelaksanaannya kadang kala tidak dilakukan dengan tepat dan disalahgunakan oleh pihak tertentu.

“Kerana itu wujud penyelewengan sehingga sehingga menyebabkan pihak pembangkang menjadikan ia sebagai salah satu pendekatan untuk membangkang kerajaan.

“Perkara ini harus diingatkan supaya pilihan raya akan datang kita tidak kecundang,” katanya.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template