Saturday, February 11, 2012

Demonstrasi bantahan JKKKKKK...K rampas tanah


Demo Bantahan JKKK Rampas Tanah Sekolah; Orang Ramai DiJemput Hadir
Buletin Online - Orang ramai dijemput hadir ke satu himpunan bagi membantah tindakan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) merampas tanah Sekolah rendah islam Darul Bayan(SRIDB).

Menurut Penasihat Ahli Lembaga Pengarah SRIDB, Ustaz Satiful Bahri Mamat, ‘demo’ tersebut akan di adakan di tanah lapang berhadapan sekolah tersebut, di Jalan Santong, Paka, pada jam 1 petang, hari Ahad 12 Februari.

“hari Ahad ini, dimaklumkan akan dibuat satu demonstrasi bantahan, saya ambil kesempatan ini pihak media boleh hadir sendiri, boleh dapatkan maklumat (untuk) membawa suara hati rakyat,”ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata demikian dalam Majlis Malam Mesra Media bersama Pesuruhjaya dan Pimpinan PAS Terengganu yang diadakan di sini semalam 9 Februari.

Menurutnya, PAS merasa kesal dengan tindakan kerajaan Umno Terengganu merampas tanah tersebut dari kegunaan awam sebagai sebuah sekolah dan di agih-agihkan kepada individu yang membabitkan lima orang JKKK.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template