Wednesday, February 22, 2012

Demo Anti ISA - Pemuda Setiu Antara 'Hero' Kita

Buletin Online - Seorang pemuda PAS dari DUN Permaisuri, kawasan Setiu adalah antara 16 individu yang menjadi 'hero rakyat' apabila Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menyatakan mereka bersalah kerana terbabit dengan himpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tiga tahun lalu.

Menurut Naib Yang DiPertua PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim, beliau adalah Mohd Shukri Mohamad, 40 tahun, yang berasal dari Jertih, menetap di Alor Serdang.

“Mohd Shukri Mohd Sirat, asal Jertih, menetap Alor Serdang, antara 11 OKT didapati bersalah, Shukri OKT No 2, (beliau) ditahan pada pagi sebelum himpunan (bantah ISA) dekat Masjid Jamek (Kuala Lumpur) kerana memiliki t-shirt (kemeja T) anti ISA,”ujarnya ketika dihubungi.

Dr Azman (Gambar bawah) yang juga Anggota Badan Perhubungan PAS Terengganu berkata demikian ketika mengulas keputusan hakim mahkamah terbabit Ainul Shahrin Mohamad yang memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa kes itu melampaui keraguan munasabah.
Menurutnya, beliau dihubungi oleh Ketua Keselamatan PAS Setiu, Rosdi Ibrahim, yang hadir mendengar perbicaraan itu diiringi oleh Ketua PAS Cawangan Alor Serdang, Ramdan Abdullah.

Menurut Malaysiakini, pada 3 Ogos, 2009, seramai 16 orang dihadapkan ke di mahkamah dan didakwa di bawah Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan haram.

Selain itu, mereka juga dituduh di bawah Akta Polis 1967.

Mereka didakwa itu adalah Nordin Mohamad, Hayati Abdul Samad, Salmah Ismail, Norlaila Othman, Nashita Mohd Noor, Rashini, Hasbullah Pit, Wan Muhamad Jazlan Razali, Mohd Petri Mohd Yassin, Syaza Muaz Shaharudin, Mohd Sukri Mohd Sirat, Mohamd Sukeri Muhammad , Mohd Sallehuddin Yusop, Zulsifli Kama Kutty, Mohd Fazlzy Mohd Ismail, dan Norazam Sakib.

Mereka dikatakan berkumpul di tempat mereka ditahan antara jam 9 pagi dan 1.30 petang, pada 1 Ogos, 2009, di sekitar Masjid Negara dan Jalan Tunku Abdul Rahman, di Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Setiausaha PAS Kawasan Setiu Aminuddin Umat menyeru kepada semua ahli dan penyokong PAS negeri Terengganu khususnya dan seluruh Negara amnya supaya dapat bersama-sama bermunajat dan berdoa agar pihak hakim mengurangkan hukuman yang dikenakan.

“para peguam sedang membuat rayuan, dimaklumkan denda diantara RM2,000 hingga RM10,000, samada denda atau penjara atau kedua-duanya sekali,

“saya merayu kepada semua ahli dan penyokong supaya pakat bermunajat, berdoa semoga urusan mereka dipermudahkan Allah,”jelasnya.

Mahkamah yang bersidang selepas rehat sebentar pada tengahari tadi memutuskan setiap seorang dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda sebanyak RM2000, hukuman penjara ditangguhkan sehingga rayuan dan denda perlu bayar serta merta.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template