Wednesday, February 15, 2012

Bila pelajar berhutang pinjaman kena kejar, bila kroni berhutang tak perlu bayar?

Hutang kroni beratus juta guna wang rakyat, kerajaan Najib kata tak perlu bayar?

Roket kini - Kerajaan UMNO-Barisan Nasional mesti menjelaskan kepada rakyat mengapa ia menghapuskan RM589 juta pembayaran yang patut dibuat oleh Tan Sri Tajudin Ramli atas kerugian yang melibatkan pengambilalihan Malaysia Airlines (MAS) setelah diarahkan oleh mahkamah.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, Tajudin Ramli kini bebas begitu sahaja bebas daripada kewajipan yang diarahkan mahkamah untuk membayar balik jumlah itu tidak termasuk kadar faedah kepada Pengurusan Danaharta Bhd, sebuah agensi yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.

Katanya, pada Disember 2009, Mahkamah Tinggi memihak kepada Danaharta dan dua anak syarikat di atas jumlah yang tertunggak sepenuhnya dan telah mengarahkan Tajudin untuk membayar faedah sebanyak 2 peatus di atas kadar pinjaman asas Malayan Banking Bhd sehingga tarikh penyelesaian sepenuhnya.

Mahkamah juga telah menolak tuntutan balas Tajudin bernilai lebih RM14 bilion tidak termasuk ganti rugi dan kos.

Tuntutan Danaharta adalah kerana Tajudin didakwa ingkar atas pinjaman bersindiket RM1.792 bilion, yang diambil pada tahun 1994 untuk mengambil alih kepentingan 32% kerajaan dalam MAS.

Tajudin mendakwa bahawa Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan ketika itu, Tun Daim Zainuddin, “mengarahkan” beliau untuk membayar RM8 sesaham bagi MAS apabila harga pasaran adalah sekitar RM3.50.

Menurut Pua, keputusan kerajaan amat mengejutkan kerana memaksa Danaharta untuk “menyelesaikan” di Mahkamah Rayuan dengan melangsaikan segala hutang Tajudin yang secara langsung merugikan pembayar cukai sebanyak RM589.15 juta.

“Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak mesti menjelaskan mengapa kerajaan BN penghapusan kira hutang keseluruhan dan membiarkan Tajudin dilepaskan begitu sahaja tanpa mempertahankan dirinya di Mahkamah Rayuan.

“Keputusan ini bermotif jahat yang lebih-lebih lagi kerana kerajaan telah memenangi kes di Mahkamah Tinggi,” katanya.

Menurut Pua, keputusan kerajaan BN ini bukti jelas bahawa mereka lebih mementingkan kroni-kroni mereka meskipun ia mengakibatkan kehilangan beratus-ratus juta Ringgit kepada Kerajaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling jaya Utara berkata bahawa jika kerugian berbilion ringgit kerugian dalam Zon Perdagangan Bebas Port Klang (PKFZ) boleh menyebabkan bekas Presiden dan bekas Timbalan Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik dan Tan Sri Chan Kong Choy, untuk bertanggungjawab kerana mengelirukan Kabinet di mahkamah terbuka, maka Dr Mahathir dan Daim mesti juga disiasat kerana mungkin menyediakan jaminan tidak sah serta dan indemniti kepada kroni-kroni mereka.

Katanya, jika amalan keji ini berterusan, ramalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala bahawa Malaysia akan bankrap dalam tempoh dua penggal pilihan raya umum akan datang mungkin menjadi kenyataan. – Roketkini.com

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template