Sunday, February 26, 2012

Badrulamin nafi ditangkap ‘khalwat’

Dr Badrulamin Bahron mendakwa diperangkap untuk memalukannya. – Gambar fail oleh Choo Choy May
The Malaysian Insider - PKR Selangor Dr Badrulamin Bahron menafikan tuduhan beliau ditangkap khalwat di sebuah hotel di Kuantan semalam, sebaliknya mendakwa menjadi mangsa “perangkap dan berniat memalukannya.”
Anggota majlis tertinggi PKR itu menjelaskan dalam satu kenyataan malam tadi bahawa beliau hanya membantu seorang kenalan wanita yang mendakwa menjadi mangsa keganasan rumahtangga pada masa itu apabila pegawai agama tiba untuk menahannya.

“Kenyataan oleh timbalan pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bahawa saya ditahan kerana berkhalwat adalah tidak benar sama sekali.

“Saya percaya insiden ini telah dirancang untuk perangkap dan memalukan saya,” katanya.

Badrulamin menjelaskan wanita itu terlebih dahulu menghubunginya pada Jumaat lalu, mengatakan dia mahu lari daripada rumah kerana “bimbang akan keselamatannya.”

Beliau berkata telah menasihatkan wanita itu tetapi wanita itu dan anaknya kemudian tiba secara tiba-tiba pada pukul 2 pagi, di lokasi di mana beliau menghadiri mesyuarat PKR selama dua hari.

“Saya mengenali pasangan suami isteri itu sejak setahun lalu apabila wanita itu dan keluarganya menemani saya menunaikan umrah.

“Pasangan itu sering menghubungi saya, meminta nasihat tentang masalah keluarga termasuk keganasan rumahtangga. Dalam usaha membantu mereka, isteri saya dan saya juga ada mengunjungi keluarga mereka di Rompin,” katanya.

Kata beliau, melihat keadaan wanita itu dan anaknya pada masa itu, beliau memutuskan menempah bilik hotel untuk mereka.

Tetapi pada 2.30 pagi, beliau berkata, suami wanita itu tiba dengan ditemani 20 individu tidak dikenali “mengepung dan menyerang” beliau. Suami wanita itu kemudian “secara paksa” mengheret wanita itu dan anaknya keluar.

“Lelaki yang berkelakuan seperti samseng itu hanya berhenti memukul saya selepas pihak berkuasa tiba dan menghalang mereka,” katanya.

Bagaimanapun, Badrulamin tetap tidak dibenarkan meninggalkan bilik itu.

Kira-kira 20 minit kemudian, pegawai JAIP tiba untuk menahannya, kata beliau.

“Dengan penjelasan ini, saya harap semua pihak akan berhenti membuat tuduhan dan memfitnah saya.

“Sudah tentu saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berbuat demikian,” kata Badrulamin.

Beliau menambah telah dipanggil membantu siasatan JAIP pada 27 Februari dan bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template