Tuesday, February 7, 2012

Awas Jalan ‘Hancur’ di Hadapan!


Buletin Online - Jalan Haji Zainal Abidin yang merentangi bandar Dungun di sini tidak akan siap kerana kontraktor pembinaannya dilaporkan telah ‘melarikan diri’ akibat wang kos pembinaannya telah habis.

Menurut ADUN Sura, Ustaz wan Hassan Mohd Ramly, Jabatan Kerja Raya (JKR) terpaksa mengambil tugas kontraktor terbabit dan melakukan kerja-kerja pembina secara berdikit-dikit.

Oleh kerana jalan tersebut mengalami kerosakkan yang teruk, beliau menyarankan supaya papan tanda yang diletakkan oleh JKR ‘Awas Jalan Rosak Di Hadapan’ ditukar kepada ‘Awas Jalan Hancur Di Hadapan’.

“Jangan pilih pemimpin yang kutip komisyen daripada projek, jangan kita pilih (kerana) ini (dia) kita pilih (menyebabkan) jalan pun tak siap,
“jalan ini tak boleh siap sebab duit bayaran sudah habis, sudah taka da duit, itu ‘company (syarikat kontraktor) pun sudah lari, (sekarang) JKR yang buat,

“sikit-sikit buat (kambus) lubang, dia tulis, Awas Jalan Rosak Di Hadapan, saya kata bukan jalan rosak (tetapi) Awas, Jalan hancur Di Hadapan,”tegasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Sempena Sambutan tahun Baru Cina di sini pada Ahad malam, 5 Februari.

Turut hadir dalam Majlis tersebut adalah Bendahari PAS Dungun, Ustaz Roslan ismail, Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Dungun Puan Serena Lim, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Dr Bala Chandran dan Pengerusi DAP Kuala Terengganu Ng Chai Hing.

Sebelum itu, pada sebelah petangnya, para pemuda Dun Sura sekali lagi turun ke ‘jalan hancur’ tersebut mengagih-agihkan risalah berkenaan jalan terbabit kepada para pengguna jalan raya.

Edaran risalah pada kali ini adalah sempena program Konvoi Lujnah Penerangan PAS Pusat turun ke negeri Terengganu.

Setiausaha Lujnah Penerangan PAS, Misbahul Munir Masduki ketika ditemui berkata, PAS terpaksa turun ke jalan raya memberitahu rakyat kerana PAS tidak diberi peluang untuk muncul dalam media masa kerana ia dikuasai kerajaan.

“PAS hanya ada Harakah, terhad da hanya untuk ahli sahaja, jadi kita turun untuk sampaikan maklumat kepada rakyat,”katanya.

Pada 12 Januari sebanyak 3,000 keping risalah membantah kelembapan perlaksanaan projek menaiktaraf telah diedarkan.

Turut sama mengedarkan risalah bersama kira-kira 50 orang pemuda tersebut adalah Setiausaha PAS Dungun Norul Azhar Ali.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

1 comments:

Anonymous said...

aku ingat kat tranung ni dulu jalan semua molek belaka tapi leni jalan berlubang belaka repaire pun macam taik kucing bertepek tepek. masa aku ke indonesia dulu aku tengok jalan kat kampung mereka berlubang lubang,dalam hati kata kat aku jalan molek belaka .tapi leni tak sangka pulak dah melarak kat tranung pulok,nasib nasib .inilah jasa kepada rakyat oleh kerajaan BN.mampus aku tak pakoh doh mum BN
selamat tinggal BN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template