Wednesday, February 8, 2012

A.Samad Said tidak terluka dengan poster bersama Ambiga

Merdeka Review - Sasterawan Negara, A. Samad Said menganggap tindakan menampal poster yang menggambarkan wajah dirinya bersama Ambiga Sreenevasan, dikaitkan dengan usaha menyokong LGBT itu dilakukan oleh kumpulan yang terdesak (desperate). Bagaimanapun, perbuatan itu tidak melukakan hati dirinya, malah beliau akan terus bersama perjuangan badan NGO.

"Saya fikir yang meletakkan itu, saya fikir itu yang desparate, agak terdesak untuk melakukannya. Bagi saya, itu tidak apa, kalau mereka nak teruskan tampal, itu saya jemputlah, supaya dia teruskanlah. Dia tidak menyentuh saya, dia tidak meluka hati saya," kata beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Samad (gambar kanan).

Pak Samad berkata sedemikian kepada wartawan MerdekaReview di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, hari ini, apabila diminta untuk mengulas insiden di mana poster wajah beliau bersama Ambiga Sreenevasan ditampal di sekitar kawasan majoriti Melayu di Selangor dan Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Samad Said dilantik sebagai Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 17 Januari 2012. Seorang lagi penyandang jawatan Pengerusi bersama, Ambiga Sreenevasan dikaitkan dalam gerakan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) sebelum ini, apabila menghadiri program anjuran Seksualiti Merdeka. Poster (gambar kiri) yang ditampal di sekitar Lembah Klang itu tertera tulisan "Undi Ambiga Undi Seks Bebas".
"Itu andaian dia (penampal poster), saya fikir dia punya niat amat tak kena, tapi saya tidak merasa dan tersentuh," kata Pak Samad. Ketika ditanya lagi sama ada beliau akan tetap bersama dengan badan NGO, beliau menjawab, "Saya akan terus (bersama NGO), saya galak mereka (penampal poster), kalau nak tampal, tampallah."

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disunting dan diterjemah dari teks asal.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template