Thursday, January 26, 2012

Zalim, JKKK musnahkan kubur demi ribuan ringgit hasil kayu Gaharu

Tidak cukup lagi dengan menzalimi orang hidup…….. JKKK musnahkan kubur

Buletin Online - Tindakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Basung dekat sini yang rakus dan tamak, mengaut laba sehingga tidak menghiraukan perasaan orang kampung.

Demi untuk mendapat ribuan ringgit hasil menjual kayu Gaharu, mereka tidak peduli tindakan menebang kayu itu, telah memusnahkan beberapa kubur dalam kawasan tanah perkburan Islam Kampung terbabit.

Batang balak kayu yang besar, tidak dikawal ketika penebangan dibuat menyebabkan ia menimpa serta merosakkan kawasan tanah perkuburan.

Seorang warga emas yang dikenali sebagai Pak deris, ketika ditemui kesal dengan tindakan JKKK yang hanya mencari habuan.

Menurutnya, runtuhan pokok tersebut turut menimpa kubur arwah ayahnya, namun sehingga semalam, tidak ada seorang pun dari ahli JKKK menemuinya.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template