Sunday, January 1, 2012

Wanita ini dibunuh kejam kerana dia memakai tudung

marwa2.jpg (320×216)
HHRS 2.0 - Dia hanya perempuan muslim biasa. Selayaknya wanita Islam lain yang memakai hijab atau tudung sebagai penutup aurat dalam sehariannya. Namun kebencian seorang lelaki 'Islamphobia' telah meragut kebebasan untuk menjalankan syariat agama yang dianutinya. Bahkan kebencian itu juga yang akhirnya meragut nyawa Marwa Al-Sharbini (33 tahun) yang mempunyai seorang anak lelaki itu. Marwa jatuh berlumuran darah dan meninggal dunia setelah ditikam 18 kali dengan pisau sepanjang 18 cm bersarang di tubuhnya.


Siapakah sebenarnya Marwa?
Kehidupan sehariannya, Marwa dikenali tidak terlalu banyak bercakap. Meskipun demikian, dia tetaplah merupakan seorang yang mesra. Dia bekerja di University Hospital Dresden, sementara suaminya, Elwi Ali-Okaz adalah seorang Doktor di Max Planck Institute for Molecular Cell Biology and Genetics.

Namun, keramahan Marwa rupanya tidak dapat membendung kebencian seorang Lelaki warga German keturunan Rusia yang "Anti-Islam", Alex Wiens. Selain kerap diganggu dan dikutuk, Marwa juga sering disebut sebagai pengganas kerana tudungnya. Bahkan, pernah suatu kali, Alex menerjah dan berusaha membuka  tudungnya .
marwa1.jpg (384×256)
Suami Marwa juga tidak luput dari gangguan Alex. Konon suaminya juga beberapa kali diganggu lelaki ini. Maka dengan alasan itu, Marwa kemudian mengadu hal Alex dengan dengan alasan: gangguan keselamatan, gangguan agama, dan tindakan tidak senonoh di depan anak kecil.

Perkara itu akhirnya dibicara di Dresden, German. Namun tanpa disangka, ketika perbicaraaan berlangsung, suspek hanya berkelakuan sahaja, kemudian menikam Marwa Al-Sarbini ketika dia hendak keluar ruang sidang. Sebagai seorang suami, Elwi dengan refleks berusaha melindungi si isteri. Namun, dia pun tidak boleh mengelakkan tikaman Alex sebanyak 16 kali di kawasan leher, tangan dan tubuh. Lebih malang lagi, suaminya yang akhirnya ditembak polis yang berada di situ. Polisi beralasan bahawa insiden tersebut adalah salah tembak. Akibat keadaannya yang kritikal, Elwipun dibawa ke hospital, Marwa pula telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Selepas insiden berlaku, masih di tempat kejadian, Alex juga meminta pegawai agar dirinya juga dibunuh ketika itu juga, namun permintaannya tidak dituruti, dan dia hanya ditangkap. Tidak beberapa lama kemudian Suami Marwa membuat pendakwaan tuntutan atas pembunuhan isterinya itu.

Namun peguam dan beberapa pembela Alex Wirnds mendedahkan bahawa Alex menderita Paranoid Syndrom, selain itu dia juga menderita "schizophrenia", yakni gangguan jiwa psikotik yang paling lazim dengan ciri hilangnya perasaan afektif atau respons emosional dan menarik diri dari hubungan interpersonal normal. Sering kali diikuti dengan delusi (keyakinan yang salah) dan halusinasi (persepsi tanpa ada rangsang pancaindera). Setelah memakan masa yang agak lama, akhirnya hakim memutuskan bahawa Alex Wiens bersalah, dan dijatuhkan hukuman penjara (sampai kini masih belum diketahui berapa tahun dia akan di penjara). Entah mengapa, di Jerman, peristiwa ganas ini sepertinya tidak mendapatkan perhatian lebih dalam pemberitaan media tempatan. Diterjemah dari globalmuslim

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template