Wednesday, January 4, 2012

Veteran tentera British pulang dari Afghanistan jadi sampah masyarakat

Siasatan yang dilakukan media massa Inggeris melaporkan bahawa tentera Britain yang pulang bertugas dari wilayah jajahan, Afghanistan, mengalami kehidupan yang teruk. Jumlah mereka mencapai satu pertiga daripada jumlah keseluruhan pesara tentera Britain.

Akhbar The Sun, Britain, melaporkan bahawa sejumlah tentera yang pulang dari tugas 'perang Salib' di Afghanistan dan dipensiunkan dari tentera, kini hidup di pondok-pondok di pinggir rel kereta api. Di musim sejuk, mereka menghadapi cuaca sejuk yang membeku. Mereka mempergunakan kemahiran tempur mereka untuk bertahan hidup ala hutan, di tengah-tengah negara industri yang kononnya menjunjung hak asasi manusia. Kesengsaraan hidup mereka sangat jelas dengan keadaan Jabatan Pertahanan Britain yang mempunyai 8000 pangsapuri kosong dan memerlukan kos baik pulih 54 juta setiap tahun.

Jumlah korban terbunuh dan cerdera parah di pihak tentera penjajah Britain di Afghanistan adalah tertinggi kedua setelah korban di pihak tentera penjajah Amerika. Lebih malang lagi di pihak tentera Britain ialah dari segi mental mereka jatuh ke taraf yang paling rendah. Hal itu memaksa Perdana Menteri Britain terbang ke Afghanistan demi menaikkan moral pasukan tenteranya.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template