Friday, January 13, 2012

Seorang gadis cacat dilanggar oleh kereta penduduk Yahudi

Seorang gadis cacat dilanggar oleh kereta penduduk Yahudi pada hari Khamis ini (12 / 1) berhampiran masjid Ibrahimi di Hebron, kata petugas perubatan.

Ketua wad kecemasan Bulan Sabit Merah di Hebron mengatakan bahawa gadis cacat yang bernama Hiba Abdul Ghaffar, 13 tahun, sedang menuju ke sekolah ketika dia dilanggar kereta penduduk Yahudi.

Ghaffar, yang berada di kerusi roda, menderita cerdera ringan dalam pertembungan tersebut dan akan dibawa ke hospital untuk rawatan.

Sekitar 800 penduduk Yahudi tinggal di antara 30000 warga Palestin di bahagian bandar kuno yang berada di bawah kawalan Israel.

Laporan kekerasan fizikal oleh penduduk Yahudi terhadap warga Palestin adalah hal yang umum di Hebron, yang merupakan mikrokosmos dari Tebing Barat yang diduduki di mana Palestin memerintah di atas wilayah yang dikelilingi oleh kawalan Israel.

Kumpulan Hak asasi manusia Israel BT'selem mengatakan ada "kegagalan sistematik" untuk melindungi warga Palestin dari serangan penduduk Yahudi di Hebron, di mana tentera Israel sering menyaksikan serangan keganasan penduduk tanpa sedikitpun melakukan campur tangan. Diterjemah dari eramuslim

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template