Monday, January 30, 2012

'Saya lahir kerana ibu diperkosa'

Mengetahui lelaki yang dia panggil ayah bukanlah darah dagingnya, sudah cukup menyedihkan. Mengetahui ayah kandungnya memperkosa sang ibu, merupakan mimpi buruk baginya.

Rebecca, bukan nama sebenar, tak pernah tahu hal itu. Hingga satu hari, bibi yang seumuran dengannya menyebut Rebecca sebagai 'anak perogol' ketika mereka berdebat. Ia penasaran mengapa sampai disebut seperti itu.

Pulang ke rumah, Rebecca curhat pada sang ibu dan bertanya mengapa ia dipanggil demikian. Di luar dugaan, ibunya langsung terduduk di lantai dan mula menangis. Dalam beberapa minit, hidup Rebecca langsung terkoyak.

Lelaki yang ia panggil 'Dad' bukanlah ayah kandungnya dan ia merupakan benih seorang perogol. Sedihnya, ibu Rebecca mengenal perogol. Yakni lelaki yang selama ini dipanggil datuk oleh Rebecca. "Saya mual mendengarnya, berfikir ini mimpi buruk dan saya akan segera bangun."

Gadis berusia 19 tahun ini jijik pada dirinya kerana merasa membawa gen perogol. Bahkan, Rebecca meyakinkan diri bahawa ibunya tak pernah menginginkan dirinya. "Mungkin ia tak pernah mencintai saya. Saya merasa bersalah ia melalui banyak perkara kerana saya. "

Rebecca meminta sang ibu bersumpah tak lagi bercerita mengenai dirinya kepada sesiapa pun. Ia juga baru tahu, ternyata adik kandung perempuannya, Heather, juga berasal dari benih yang sama. Rebecca juga tak tahu ayah kandungnya itu berhenti membiayai dia dan Heather.

Ibunya, Lucy, menikahi ayahya, Clive, ketika berusia 16 tahun. Namun mereka berpisah, meskipun Clive tak sepenuhnya keluar dari kehidupan mereka. Rebecca kini telah berdamai dengan sang ibu dan memahami tindakannya itu untuk melindungi dirinya.

"Saya malu mengaku kepada adik perempuan sendiri, bagaimana saya dikandung. Setiap hari, ibu berkata ia mencintai saya dan kami dekat lagi. Saya percaya padanya, "lanjut Rebecca. Sang ibu juga menyesali berbohong kepada puterinya itu. Sumber: inilah.com
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template