Friday, January 27, 2012

Road tour perlu supaya tak cepat basi

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali

Azmin Ali: Hasan Ali parasit, musuh dalam selimut


The Malaysian Insider - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan, disebalik dakwaan terdapatnya "parasit" di dalam Pakatan Rakyat oleh bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali, Azmin menegaskan Hasan adalah parasit dan merupakan musuh dalam selimut yang sebenar dalam PR .

“Bagi saya keputusan kepimpinan PAS memecat Hasan adalah atas pertimbangan. Hasan adalah parasit dalaman parti dan musuh dalam selimut.

“Saya cukup menghormati pucuk kepimpinan PAS, berani bertegas dan berani memberi isyarat keras supaya jangan menjadi musuh dalam selimut dalam Pakatan kerana muafakat yang cukup jelas atas dasar bersama,” kata ahli Parlimen Gombak ini lagi.

Menurut Azmin, pihaknya telah bersiap sedia menangkis segala dakwaan dan tohmahan Hasan Ali dalam jelajah "road tour" pihaknya yang akan diadakan ke seluruh negara seperti yang diumumkan bekas Pesuruhjaya PAS itu minggu lepas.

Tambahnya, kerajaan negeri yakin dengan segala bukti dan fakta yang dikumpulkan, mereka mampu menangkis serangan yang dilakukan Hasan dalam siri jelajahnya.

Katanya, persiapan itu bagi memastikan PR tidak terlibat dengan tuduhan yang tidak berasas mahupun fitnah.

“Kami bersedia untuk menjawab malah telah mengumpulkan fakta-fakta kerana tidak mahu terlibat dengan tuduhan tidak berasas dan fitnah. Kami telah melihat di mana kekuatannya, kami telah melihat siapa penganjur dan kami sudah tahu siapa di belakang Hasan.

“Kita serah kepada rakyat dan yakin rakyat cukup matang untuk menilai kenyataan itu sama ada berasas atau tidak atau sekadar emosi kerana dipecat oleh parti,” katanya kepada Sinar Harian dalam wawancara eksklusif di pejabatnya, semalam.

Menurut Azmin, kenyataan yang dilontarkan Hasan yang lantang mengkritik parti sebelum ini amat mengecewakan, kerana kenyataan itu tidak berlandaskan semangat PR.

“Hasan perlu berterus terang kepada rakyat apakah tindakannya itu atas kehendak atau keinsafan dirinya sendiri atau beliau sanggup diperlembukan oleh anasir luar.

“Beliau yang perlu berterus terang. Saya tidak mahu membuat spekulasi,” katanya mengulas apakah tindakan Hasan yang lantang mengkritik parti dipengaruhi oleh anasir luar mahupun sikapnya sendiri.

Azmin turut melontarkan cadangan kepada kepimpinan PAS "supaya mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Hasan.

"Apa bentuk tindakan, saya serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan Pas. Saya yakin apa yang dilakukan kepimpinan PAS telah mengambil kira maklum balas anggota parti dan Kerajaan Negeri.

“Saya tidak menentukan jenis hukuman yang sepatutnya, kerana sebagai Exco Selangor, beliau sepatutnya bertanggungjawab mempertahankan dasar negeri yang telah dimuafakati secara bersama oleh PR.

“Jangan dicari salah orang lain, sama ada saya atau Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tiada kaitan, ini keputusan yang dibuat oleh PAS,” katanya lagi.

>>> 5 tahun akan datang masih kah kita terkenang kenangkan, bercakap cakap tentang Hasan Ali? masa tu Anwar sudah keluar TV, Mat Sabu sudah jadi menteri kah kah kah...Zul Kulim apa cerita sekarang ni? last kawan baca berita tentang dirinya di sunting oleh Ibrahim Ali untuk ditaruk dalam Perkasa. Kawan tak amik pot. Dah basi. Macam jugak Senatak Ezam. Basi. Hasan Ali? bakal basi...
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template