Monday, January 2, 2012

Polis tiada perikemanusiaan dalam ‘mengajar’ mahasiswa – Abim

KD - Pendekatan ganas polis terhadap mahasiswa yang mengadakan perhimpunan aman di hadapan Universiti Perguruan Idris Shah (UPSI), semalam hingga menyebabkan seorang daripada mereka, parah, tidak sesuai dalam ‘mengajar’ mereka.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abd Manan juga menyifatkan perbuatan polis yang menyebabkan Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Safuan Anang parah dan kini terlantar di hospital, sebagai tidak berperikemanusiaan.
“Bukan itu caranya mahu ‘ajar’ mahasiswa. Mereka ini golongan cerdik pandai. Tidak wajar menggunakan kekerasan kerana mahasiswa mengadakan perhimpunan aman.

“Lagikan warga asing pun, polis tidak bertindak begitu sedangkan mereka lagi jelas langgar undang-undang. Dari segi kemanusian, tindakan terhadap mahasiswa itu tidak wajar.
“Ada caranya mengendalikan pelajar. Bukan takut kepada suara mereka. Tak sepatutnya polis pukul mahasiswa. Ia tidak harus berlaku di negara kita,” kata bekas aktivis mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) itu.
Bercakap kepada KeadilanDaily, Amidi juga percaya pendekatan AUKU pada masa ini banyak berbeza dan lebih terbuka walaupun akta berkenaan sudah wujud dan dibantah.

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template