Monday, January 9, 2012

Penghijrahan beramai-ramai: Mengapa Umno perlu imej kuat utk musnahkan Anwar


Penghijrahan beramai-ramai: Mengapa Umno perlu imej kuat utk musnahkan Anwar
MC - Tahun baru di Malaysia disambut dengan berita kekerasan polis terhadap pelajar yang jelas adalah atas nama Najib Razak dan UMNO; kedegilan Shahrizat Jalili untuk meletak jawatan walaupun semakin banyak bukti yang mensabitkan keluarganya dengan rasuah; pembelotan blogger pro-pembangkang, Raja Petra Kamaruddin yang telah dituduh menerima wang untuk memburukkan musuh Najib, pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim sebelum keputusan kes liwat beliau yang juga dimonitor oleh badan antarabangsa dan kerajaan negara pertama.
Begitu cepat roda berputar dalam pentas politik Malaysia dan yang menyedihkan adalah ia merupakan politik kotor yang pengkritik percaya akan mengakhiri kerjaya politik Najib. Parti BN yang memerintah dan telah memburu RPK untuk beberapa tahun telah kini tampil mengatakan bahawa beliau adalah wira. Pakatan Rakyat pula telah menjauhi beliau yang mendapat liputan meluas satu masa dahulu kerana mengkritik kerajaan dan membongkarkan kes-kes sensasi membabitkan Najib dan wanita pertama, Rosmah Mansur dalam kes pembunuhan Altantuya Shariibuu.
Pembelot adalah sesuatu yang normal dalam Malaysia Najib
Ada yang mengatakan bahawa sekiranya bukan kerana RPK, orang lain yang akan dihidangkan dengan gossip panas untuk disebarkan. Dengan kata lain, berada di tempat dan masa yang sesuai telah menjadikan beliau popular. Walaubagaimanapun, tidak kira betapa popularnya RPK, beliau hanyalah diketahui di ruang siber dan dihargai oleh orang Cina dan tidak ramai Melayu kerana mereka lebih suka kepada blog dan website mereka sendiri.
Orang Cina yang selalunya bersifat curiga tidak mungkin akan mengikuti RPK lagi. Mereka mungkin akan mentertawakan RPK dan juga mensyaki RPK adalah bekas ahli UMNO yang sememangnya lemah dengan godaan berupa wang ringgit.
Benar atau tidak, adil atau tidak, kenyataannya adalah sudah menjadi kebiasaan dalam politik Malaysia wujudnya pembelot. Ia semakin jelas dalam pentadbiran Najib dengan beliau sendiri yang memulakannya menggoda 3 ahli Pakatan untuk mencetuskan rampasan kuasa di Perak pada 2009.
RPK bukanlah orang pertama yang membelot. Sebenarnya, mana-mana ahli politik Malaysia dapat dibeli sekiranya nilai diajukan tepat. Jelas sekali perkara yang sama berlaku terhadap blogger popular tersebut. Kita sekarang boleh membuat spekulasi bahawa Najib telah menghabiskan masa cuti panjang beliau membeli sokongan RPK!
UMNO-BN perlu tonjolkan kekuatan
Kenyataannya, UMNO-BN sudahpun ketandusan idea. Mereka sangta terdesak untuk mengabil seorang yang dilihat sebagai personaliti berwibawa untuk menyertai mereka lantas menjadikan mereka kelihatan berwibawa. UMNO sangat terdesak sehinggakan apabila 2 pelawak tempatan menjadi ahli mereka, media mereka terus menjadikan ia berita sensasi.
UMNO memerlukan pengendorsan untuk meyakinkan ahlinya bahawa ia masih parti yang relevan. Jika tidak, penghijrahan akan berlaku dan sejurus selepas PRU 13 yang dijangka akhir tahun ini.
Orang dalaman parti ada yang berpendapat bahawa sekurang-kurangnya 30% ahli MCA akan berhijrah ke PKR, DAP ataupun PAS. Oleh itu, jumlah yang bakal meninggalkan UMNO dijangka lebih tinggi.
Mungkin sekarang rakyat Malaysia memahami mengapa kempen menjatuhkan Anwar dan PKR dilakukan. Juga penggabungan yang tidak dipersetujui PAS.
Ahli UMNO yang jemu dan kecewa yang dijangka meninggalkan parti akan berhijrah ke PKR dan PAS. Parti DAP yang majoriti kaum Cina itu juga kelihatan menarik untuk mereka.
UMNO-BN berpegang kepada tradisi bahawa lebih kuat anda percaya kepada idealogi mereka, lebih kuat parti itu akan kelihatan. Inilah sebabnya seperti perniagaan Multi-level marketing, mereka memerlukan ikon untuk menaikkan imej dan menampakkan seolah-olah mereka berjaya. Dengan adanya RPK menyertai orang seperti Ibrahim Ali dan juga blogger UMNO dan pejuang siber mereka adalah ibarat suntikan kekuatan untuk kepimpinan tertinggi mereka.
Tidak sedar akan kebencian
Sangat menghairankan yang pihak elit UMNO tidak sedar bahawa politik kotor sebegini akan menjadikan pengundi menyampah akan mereka. Sememangnya kebencian itu tidak begitu diambil kira oleh mereka. Kebencian terhadap kekejaman kerajaan telah mencetuskan revolusi di Tahrir Square yang memulakan kebangkitan Arab.
Kebencian juga akan memberikan rakyat sebuah kerajaan baru setelah 54 UMNO-BN memerintah dengan rasuah dan menekan. Mereka mungkin sudah tidak tahan lagi.
Keengganan Najib untuk melakukan perkara terbaik dan diterima sedunia akan menambah lagi imej buruk kepada politik Malaysia terutamanya dengan PRU 13 semakin hampir. Jangan merasa pelik apabila semakin ramai ahli politik berhijrah ke parti lain dalam bulan-bulan yang mendatang demi memenuhi keinginan dan kepentingan diri mereka.
Ekonomi Malaysia akan menjadi semakin tenat dan hilang kredibiliti dan pelabur pasti menjadi panik dengan permainan UMNO-BN yang berkuasa sesuka hati tanpa terikat dengan undang-undang negara.
Terlalu banyak manipulasi
Pakatan Rakyat adalah lebih daripada Anwar Ibrahim. Walaupun kenyataan RPK adalah bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar dan mempersoalkan moral beliau sekiranya menjadi PM. RPK juga harus ingat bahawa dia sendiri pun bukanlah calon PM yang baik. Siapakah dia untuk mengeluarkan kata-kata itu?
Sama juga dengan mereka yang ada dalam kabinet Najib yang memperkecilkan Anwar, termasuklah Shahrizat yang diselubungi rasuah, Menteri Penerangan Rais Yatim yang didakwa merogol orang gaji Indonesia beliau, Menteri Besar Zambry Kadir yang tidak diberi mandate untuk memerintah Perak. Tidak keterlaluan jika dikatakan semua elit UMNO ada rekod buruk.
Najib yang dikatakan sangat pentingkan imej dan rasuah yang menjangkau beratus-ratus juta telah berkata bahawa politik adalah permainan persepsi.
Inilah sebabnya beliau tidak mahu berhadapan dengan kenyataan bahawa rakyat Malaysia hanya mengambil berat tentang isu yang asas. Beliau tetap membawa UMNO dalam beberapa siri konspirasi- dari Kes Liwat II, pita sex Datuk T, Pencabulan Anak Lim Guan eng terhadap Anya Corke dan sekarang Datuk Fixit –NFC yang telah memberi jalan keluar kepada Shahrizat dalam skandal RM250 Feedlot Negara.
UMNO-BN akan terus bersandiwara sehingga keputusan Kes Liwat II. Kenyataan RPK bertujuan membantu Najib dan UMNO memudahkan keputusan bersalah untuk disiarkan kepada rakyat. Tetapi, belum pun RPK bercakap sepatah perkataan, semua sudah dapat menjangkakan keputusan bersalah itu. Yang akan mengejutkan ramai adalah sekiranya Anwar disabtkan tidak bersalah.
Nampaknya perbelanjaan mahal Najib yang terbaru- dipercayai berjuta-juta wang rakyat adalah untuk membeli RPK dan jaringan blogger UMNO termasuk Rocky Bru, Malay Mail dan juga Malaysiakini, yang berkemungkinan akan gagal. Terlalu banyak sandiwara!
Malaysia Chronicle



KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template