Monday, January 9, 2012

Pemangkin Terbaik Untuk Tekad Menangkan Pakatan Rakyat

Buletin Online - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat akan menyemarakkan lagi kebangkitan rakyat menuju ke Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke 13.

“Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini disambut dengan laungan takbir dan kesyukuran dari rakyat segenap peringkat.


“Terbukti dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan suatu tuduhan tidak berasas dan direka-reka bagi memburukkan imej dan peribadi pemimpin Pakatan Rakyat,”ujar Ketua Penerangan DPPM, Ustaz Riduan hd Nor dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurutnya, rakyat yang berhimpun dari seluruh negara adalah bukti bahawa rakyat sudah jemu dengan budaya politik lucah dan melampau.

Katanya, politik kotor seperti ini tidak boleh diterima dalam sebuah negara yang kaya dengan adab resam serta kental dengan amalan Islam oleh umat Islam di negara ini.

Beliau berkata, keputusa tersebut akan meningkatkan lagi motivasi dan semangat bekerja rakyat seluruh peringkat khususnya pendokong Pakatan Rakyat.

“Keputusan mahkamah Tinggi dibuat dalam keadaan negara ini berada diambang pilihanraya umum ke 13. Sudah tentu mood rakyat akan bergantung hasil daripada keputusan tersebut.

“Dengan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim ia akan meningkatkan lagi motivasi dan semangat bekerja rakyat seluruh peringkat,”katanya.

Oleh itu, beliau berkata DPPM yakin, dengan keputusan ini kebangkitan rakyat akan berada di kemuncaknya dan sukar bagi UMNO-BN menyekat arus ini.

Malah rakyat sudah membayangkan Pakatan Rakyat akan memimpin Putrajaya selepas PRU ke 13 dan telah mengangkat pemimpin Pakatan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri ke 7 nanti.

Justeru, DPPM bersama Pemuda Pakatan Rakyat bertekad dengan penuh keazaman menjadikan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini sebagai bekal untuk bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan manis tercipta dalam PRU ke 13.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template