Saturday, January 14, 2012

Pakatan dapat sokongan orang BN kata Mat Sabu

PRU: Mat Sabu dakwa Pakatan dapat sokongan orang BN
Sinar Harian - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendakwa mendapat sokongan pelbagai pihak dari Barisan Nasional (BN) untuk memastikan Pakatan Rakyat (PR) boleh menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Menurut beliau, bekas menteri dan menteri yang sedang berkhidmat ada bertemu dengannya dan menawarkan sokongan untuk sama-sama menjayakan matlamat tersebut.

"Pegawai kerajaan dan bekas pegawai termasuk polis dan tentera turut menyuarakan sokongan dan sedia menghulurkan bantuan pada bila-bila masa.

"Mereka kata biarlah kami berjuang dari dalam untuk menumbangkan BN dari dalam," katanya ketika berucap pada Konvensyen PR Ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim di sini pagi ini.

Sehubungan itu, katanya, semua ahli PR perlu menggiatkan usaha dan menjadikan konvensyen ini sebagai pecutan terakhir untuk mendapat kejayaan dalam PRU13.
DURIAN BAKAL RUNTUH
>>> kah kah  kah... lebih banyak durian perlu diruntuhkan oleh Najib...Najib, Najib...jangan pikir pasal undi felda je wei... 
Berbakul-bakul durian perlu dicurah, rakyat pula kena kutip ( maksudnya segala macam duit yang turun itu adalah wang rakyat, maka sama saja bila berlakunya barang naik, harga minyak naik, rakyat pula terpaksa kasi durian runtuh pada kerajaan) rakyat jangan jadi tolol dalam PRU 13 nanti. 
JANGAN JADI TOLOL KALI KE - 13

KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template