Tuesday, January 10, 2012

Nik Aziz: Tiada parti diam diri jika ahlinya 'tidak senonoh'

Sinar harian - Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan keputusan memecat Datuk Dr Hasan Mohd Ali semalam adalah perkara lumrah dalam parti dan tiada parti yang akan berdiam diri jika ahli-ahlinya bertindak "tidak senonoh."

“Tidak ada parti dalam dunia ini yang tidak memecat ahlinya yang tidak senonoh, benda ni perkara biasa, laki bini lagikan bercerai,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini hari ini.

Bagaimanapun Menteri Besar Kelantan ini berkata, Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak dan Exco Kerajaan Selangor boleh mengemukakan rayuan sekiranya berhasrat untuk berbuat demikian.

Perlembagaan Pas membolehkan tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Setiausaha Agung dan ia akan dibincangkan oleh Majlis Syura.

Keputusan memecat Hasan dicapai pada mesyuarat jawatankuasa kerja Pas pusat semalam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan perkara itu berkata, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasa 82(9) perlembagaan parti kerana dilihat tindakan Hasan merugikan kepentingan parti.

Hasan mengambil pendirian bercanggah dengan parti termasuk mempersoalkan konsep negara kebajikan yang diperkenalkan Pas, menuduh parti itu menyeleweng daripada perjuangan Islam serta yang terbaru, mempersoalkan kewajaran penyokong Pas hadir pada Kempen Bebaskan Anwar 901.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template